Sewa banglo RM2,000 sehari anjur parti arak, dadah, 14 ditahan

Sewa banglo RM2,000 sehari anjur parti arak, dadah, 14 ditahan

Seorang lelaki menyewa sebuah banglo dengan bayaran RM2,000 sehari di kawasan perumahan elit di Taman Perling, Johor Bahru untuk mengadakan parti liar bersama 13 individu malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Rupiah Abd Wahid, berkata ketika serbuan sekumpulan individu didapati sedang berhibur dengan alunan muzik kuat berserta jamuan minuman keras dan pelbagai jenis dadah.

Katanya, suspek tujuh lelaki dan tujuh wanita tempatan berusia 20 hingga 41 tahun itu ditahan pada 2.30 pagi.

“Semasa serbuan tujuh lelaki dan tujuh wanita tempatan sedang berhibur di ruang tamu dengan muzik kuat serta hidangan minuman keras.

“Hasil serbuan itu, polis menjumpai sejumlah dadah jenis ganja, ketamin dan ekstasi,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Beliau berkata, ujian air kencing ke atas semua tangkapan mendapati lima lelaki positif dadah jenis Methamphetamine.

Katanya, salah seorang daripada lelaki yang turut ditangkap sebagai penganjur majlis itu dikenakan kompaun RM2,000.

“Manakala, semua individu lain dikompaun RM1,500 kerana mengingkari SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1,” katanya.

Semua 14 individu terbabit direman empat hari bagi membantu siasatan bawah Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Johor dan Akta Dadah Berbahaya 1952. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Sewa banglo RM2,000 sehari anjur parti arak, dadah, 14 ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker