Chong Wei selar pasukan Lee Zii Jia, sengaja cetuskan isu

Chong Wei selar pasukan Lee Zii Jia, sengaja cetuskan isu

Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyelar tindakan pasukan Lee Zii Jia termasuk jurulatihnya, Wong Tat Meng yang mendakwa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuli pemain profesional.

Chong Wei nyata tidak senang dengan tindakan mereka yang didakwa cuba untuk memperbesarkan isu berhubung peraturan BAM yang mewajibkan pemain profesional untuk tidak memakai pakaian sukan jenama selain daripada penaja badan induk itu jika mahu menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara.



Katanya, BAM sudah pun memaklumkan mengenai perkara berkenaan kepada semua pemain profesional dengan mereka hanya tidak dibenarkan memakai pakaian sukan jenama selain daripada penaja BAM tetapi masih boleh menggunakan kasut dan raket daripada penaja masing-masing.

“Saya fikir peraturan yang dibuat BAM untuk pemain profesional adalah munasabah disebabkan komitmen dengan penaja mereka. Kenapa pasukan Zii Jia mahu menjadikan perkara ini sebagai isu ketika pemain profesional yang lain seperti Ong Yew Sin, Teo Ee Yi dan jurulatih mereka, Rosman Razak tidak mempunyai masalah.

“Zii Jia seperti sengaja mahu mencetuskan isu yang tidak sepatutnya. Dia sepatutnya lebih matang bagi menangani perkara ini dengan lebih bertanggungjawab,” kata Chong Wei yang juga pengurus badminton bagi program Road to Gold (RTG).

Bekas pemenang pingat Sukan Olimpik tiga kali itu, berkata sekiranya Zii Jia tidak berpuas hati dengan peraturan ditetapkan BAM dan berasa tidak selesa, dia boleh memilih untuk tidak menyertai latihan di ABM.



Katanya, tujuan utama untuk pemain profesional dan pemain kebangsaan berlatih bersama adalah untuk meningkatkan tahap permainan masing-masing.

BH Sukan semalam, melaporkan Tat Meng menerusi hantaran di Instagram miliknya mendakwa seperti dibuli ‘orang besar’ selepas BAM mewajibkan pemain profesional untuk tidak memakai pakaian sukan jenama selain daripada penaja badan induk itu jika mahu menjalani latihan di ABM.

Katanya, dia terkejut dengan peraturan berkenaan apatah lagi ia dikuatkuasakan ketika mereka dalam persiapan bagi menghadapi Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark yang akan berlangsung dari 21 hingga 27 Ogos ini.

Malah, Zii Jia turut meninggalkan komen di hantaran Tat Meng dengan menulis: Jangan nanti cakap saya ‘besar kepala’ tak datang training pulak. Aishhhhh… susah nii nak jadi LZJ semua salah I (saya) pening.” BH



Chong Wei selar pasukan Lee Zii Jia, sengaja cetuskan isu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam



Apa sudah jadi BCL?

Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff



Diana Danielle dapat pengganti?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker