Penduduk pengsan terhidu bahan kimia tumpah, 102 terpaksa dipindahkan
Penduduk pengsan terhidu bahan kimia tumpah, 102 terpaksa dipindahkan
Dua penduduk pengsan selepas terhidu bau busuk disyaki berpunca daripada tumpahan bahan kimia di sungai berhampiran manakala 102 lagi terpaksa dipindahkan sementara, dalam kejadian di Seelong, Johor Bahru, kira-kira jam 10.30 malam semalam.
Bagaimanapun, penduduk Kampung Baru Sri Aman yang masing-masing berusia 20 dan 40 tahun itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail untuk diberi rawatan kecemasan dan arahan pengosongan kampung dikeluarkan sejurus kemudian bagi memindahkan penduduk ke Balai Raya Kampung Sinaran Baru.
Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Ketua Unit Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Penyelamat Bomba Malaysia (JBPM) Johor Saiful Bahri Safar, berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 10.22 malam dan tiba 15 minit kemudian.
Katanya, seramai 24 pegawai dan anggota dengan lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Larkin dan Johor Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Hasil ujian awal, bomba mengesyaki tumpahan itu adalah bahan buangan kimia berjadual metil alkohol dengan kepekatan 120ppm. Kita mengarahkan rumah dalam lingkungan 150 meter dari sungai itu segera dikosongkan bagi mengelakkan insiden tidak diingini.
“Pengawasan dan pengawalan turut dilakukan secara berterusan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan udara di kawasan kampung itu dan sekitarnya.
“Pengesanan dengan menggunakan kaedah menyusuri sungai itu turut dilakukan bagi mengetahui punca sebenar tumpahan kimia berkenaan,” katanya menurut Harian Metro.
Menurutnya, berdasarkan tinjauan sehingga jam 3 pagi tadi, terdapat bau seakan petrol masih dapat dihidu dalam jarak kira-kira 300 meter bermula di anak sungai kampung terbabit.
“Kita masih berusaha mengesan tumpahan itu selain mendapatkan bantuan Jabatan Alam Sekitar dan Unit Hazmat JBPM Melaka,” katanya. FMT
Penduduk pengsan terhidu bahan kimia tumpah, 102 terpaksa dipindahkan
Baca Artikel Menarik :
- “Apa punya mangkuk”, kata Mahfuz kepada Hamzah
- Kementerian Kewangan arahkan bank usahakan pengecualian faedah moratorium
- Timbalan speaker gantung Rayer dua hari dari sidang parlimen
- Tak puas hati caj mahal, lelaki tetak peniaga
- Kempen harga ayam dituduh ‘berat sebelah’, KPDNHEP padam catatan di Facebook
- Bila VIP pergi masjid
- Kuasa ketiga muncul lawan kerajaan dan pembangkang
- Ismail Sabri Ulangi Keajaiban Tun Abdul Razak
- Ibu bapa fail saman, hentikan vaksinasi budak bawah 18 tahun
- Ada dua isteri, umur baru 17 tahun
- Baru sejam berkahwin, suami mahu bercerai
Layari Laman Facebook MYKMU