Jangan iktiraf UEC walau senyap-senyap di belakang tabir

Jangan iktiraf UEC walau senyap-senyap di belakang tabir. Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mengulangi desakan supaya kerajaan tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), demi memelihara Perlembagaan, Akta Pendidikan Negara dan Dasar Bahasa Kebangsaan.

Sebarang pengiktirafan adalah pengkhianatan dan berlawanan kehendak Raja-Raja Melayu kerana bersifat subversi serta meremeh, memperlekeh dan jelas mengetepikan bahasa kebangsaan dalam pendidikan.

Ini kerana, UEC jelas bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta 556 Pendidikan Negara dan Dasar Bahasa Kebangsaan, selain membawa silibus yang menyeleweng dari luar negara.

Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya berkata, UEC itu sendiri mewujudkan sijil substandard dan dikendali oleh badan yang sejarah awalnya berkiblatkan kuasa asing dan hingga kini tidak selaras dengan ciri-ciri kenegaraan Malaysia.

“Apakah kerajaan mahu berkompromi dengan mereka yang menolak Dasar Pelajaran Kebangsaan dan menolak sistem negara serta menambah kecelaruan yang sedia ada,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, portal media tempatan, Samudera.my yang memetik sumber dalaman melaporkan bahawa UEC – yang selama ini menjadi subjek kontroversi – bakal diluluskan kerajaan.

Kelulusan yang diberikan tersebut adalah bersyarat seperti wajib lulus Bahasa Melayu dan subjek Sejarah.

Tindakan ini menurut sumber ialah berikutan tuntutan pihak tertentu dari pembangkang yang mengenakan beberapa syarat ketat untuk memberikan sokongana Perjanjian Keyakinan & Bekalan (CSA – Confidence & Supply Agreement) kepada pihak kerajaan pada 14 September 2021.

Menolak sebarang usaha ke arah itu, Aminuddin berkata, kerajaan sepatutnya lebih memahami kesan buruk mengiktiraf UEC yang akan melunturkan lagi perpaduan antara kaum di negara ini.

Selaras itu, PEMBELA menyarankan kerajaan mengambil serius perihal isu ini kerana ia pasti membawa implikasi besar kepada negara.

Kerajaan juga dituntut memberikan jaminan bahawa UEC tidak dijadikan bahan dagangan dalam perjanjian CSA walau apa sekalipun, termasuk di belakang tabir, kata Aminuddin.

PEMBELA berpandangan sekiranya UEC diiktiraf, ia akan mewujudkan persaingan tidak wajar dalam peluang pengajian dan pekerjaan kepada lepasan sekolah menengah kebangsaan yang tidak menurut acuan kenegaraan.

“Sudah dipersetujui sebelum ini formula mengukuhkan perpaduan mesti kembali kepada Dasar Pendidikan Negara yang menekan penggunaan Bahasa Kebangsaan, kurikulum dan sistem peperiksaan selaras.

“PEMBELA yang mewakili pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Islam utama di Malaysia menegaskan bahawa kami sekeras-kerasnya menolak sebarang usaha untuk mengiktiraf UEC.

“Ia jelas bertentangan Perkara 152 Perlembagaan, Akta 556 Pendidikan Negara dan Dasar Bahasa Kebangsaan,” katanya.

Jangan iktiraf UEC walau senyap-senyap di belakang tabir


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


UEC berkiblat Taiwan, tak boleh disama taraf dengan SPM, SMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker