Harga ayam naik, ‘Kertel’ adalah puncanya

Harga ayam naik, ‘Kertel’ adalah puncanya. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak menolak kemungkinan terdapat kartel yang memanipulasi harga ayam di pasaran akhir-akhir ini.

Enggan mengulas lanjut mengenai kemungkinan itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan sebaliknya berharap isu berkenaan ditangani sebaik-baiknya kerana ia sudah berlarutan sejak sekian lama.

“Dalam setahun, dua kali saya menerima rungutan daripada pengguna mengenai kenaikan harga ayam di pasaran dan terbaru, saya terima aduan harga ayam dipercayai naik kerana dedak dan bahan itu bukan saja mahal, tetapi sukar diperoleh di pasaran.



“Perkara ini sensitif untuk diulas lebih lanjut kerana saya pasti ada penguatkuasaan dijalankan pihak berkuasa cuma tidak pasti sejauh mana hasilnya. Saya mengesyaki ada kartel menjadi dalang,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Bagaimanapun, Nadzim meminta pengguna tidak menuding jari kepada peniaga dan penternak saja sebagai punca kenaikan harga ayam di pasaran.

Ini kerana semua pihak, termasuk pihak berkuasa bertanggungjawab menangani isu berkenaan.

Pada masa sama, beliau menyarankan kerajaan dan pihak berkuasa mewujudkan satu polisi jangka panjang yang bukan hanya berupaya menstabilkan harga ayam di pasaran tetapi menjaga kepentingan semua pihak.



Menurutnya, pengguna juga perlu bijak membuat pembelian dalam menghadapi kenaikan harga ayam di pasaran.

“Jika harga ayam tinggi, cuba kawal dan kurangkan pembelian dengan mencari alternatif makanan lain. Seandainya permintaan kurang, harga ayam tentunya akan turun kerana ia berkait rapat dan pastinya nanti memberi manfaat kepada pengguna,” katanya

Harga ayam naik, ‘Kertel’ adalah puncanya


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kempen harga ayam dituduh ‘berat sebelah’, KPDNHEP padam catatan di Facebook



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker