Wanita Ini Tidak Tidur Selama 40 Tahun. Ini Kisahnya..

Wanita Ini Tidak Tidur Selama 40 Tahun. Ini Kisahnya..

Seorang wanita dari China mendakwa tidak pernah tidur selama 40 tahun.

Tidur yang mencukupi merupakan satu keperluan yang sangat penting pada setiap manusia. Ini kerana, kita tidak akan dapat berjaga selama 24 jam tanpa merasa mengantuk dan ini juga akan membuatkan kita merasa lemah dan tidak bertenaga serta letih.

Namun lain pula yang terjadi kepada seorang wanita yang berasal dari China ini yang mendakwa dirinya tidak pernah tidur selama 40 tahun. Bahkan dia juga mengakui bahawa dia tidak pernah merasa letih apatah lagi mengantuk.

Wanita yang dikenali sebagai Li Zhanying telah mencuri perhatian ramai netizen apabila dia mengaku bahawa seingatnya, kali terakhir dia tidur ketika berusia lima hingga enam tahun. Perkara ini diakui juga oleh suaminya bahawa Li tidak pernah langsung tidur sepanjang dia hidup bersamanya. Menurutnya, isterinya juga sering melakukan kerja-kerja rumah pada waktu malam. Bimbang Li akan sakit, suaminya, Liu Suoquin membelikannya pil tidur namun ianya tidak langsung berhasil.

Li Zhanying merupakan penduduk Desa Zhongmou dan dia menjadi terkenal di kampungnya kerana kemampuannya untuk bertahan dan tidak tidur sepanjang hari dan malam. Jiran-jirannya cuba menguji kemampuannya dengan mengajak dia bermain kad pada waktu malam akhirnya mereka satu demi satu pulang kerana mengantuk.

Bantuan Dan Perubatan

via dnevno.hr

Kerana bimbang keadaan Li akan menjadi semakin buruk, dia dan suaminya cuba untuk mendapatkan bantuan perubatan. Namun, hasil dari beberapa kali pemeriksaan doktor menunjukkan tidak apa-apa keputusan yang mencurigakan.

Pasangan ini juga memilih untuk mengunjungi pusat perubatan di Beijing untuk mengetahui penyakit misteri Li selama puluhan tahun tidak dapat tidur. Pasukan doktor memilih untuk melakukan pemeriksaan dengan menggunakan sensor canggih dan memantau keadaan Li selama 48 jam.

Hasilnya telah membuatkan ramai yang terkejut kerana doktor membuat kesimpulan bahawa Li sebenarnya sedang tidur tetapi tidak seperti orang lain.

Dari data yang diperolehi, pemantauan gelombang otak Li memang didapati tidur seperti orang biasa. Doktor juga menyatakan bahawa itu dipanggil sebagai tidur ketika terjaga atau sama seperti ‘sleepwalking‘ dimana beberapa saraf dan organ Li masih aktif semasa dia sedang tidur.

Ditipu Oleh Otak Sendiri

via faktualnews.hr

Doktor juga mengatakan bahawa Li telah ditipu oleh otaknya sendiri. Ini kerana, ketika dia beristirehat, sebahagian tubuh Li sebenarnya sudah tidak aktif, tetapi dia tidak menutup matanya seperti orang lain yang sedang tidur.

Sebenanya, ketika dia bercakap dengan suaminya, Li Zhanying kadang-kadang telahpun mengalami pergerakan mata yang perlahan dan cenderung untuk terlelap.

Ini juga menunjukkan bahawa ketika itu sebenarnya dia sedang tidur, tetapi dengan cara yang luar biasa sehinggakan Li selalu percaya bahawa dia tiduk tidur selama 40 tahun. Dia tidak dapat menghabiskan lebih dari sepuluh minit tidur dengan mata yang tertutup.-Murai/ The Sun

Wanita Ini Tidak Tidur Selama 40 Tahun. Ini Kisahnya..


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek

Taliban sedia jalin hubungan kecuali dengan Israel

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker