Zul Ariffin Tarik Diri Bertanding ABPBH34, Peminat Syak Ada Kaitan Dengan Hijrah

Zul Ariffin Tarik Diri Bertanding ABPBH34, Peminat Syak Ada Kaitan Dengan Hijrah

PELAKON Zul Ariffin mengumumkan penarikan diri daripada semua pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke34 ABPBH34 yang dijangka berlangsung pada 13 November depan.

Bagaimanapun kata Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 35, keputusan itu tiada kaitan dengan perubahannya dalam mendekatkan diri kepada agama.

“Jangan risau, saya tidak akan bersara daripada berlakon atau berhijrah atau apa-apa.

“Buat masa ini hanya perlahan-lahan ingin menjadi yang terbaik daripada sebelum ni.

“Saya bersiap sedia dan memanaskan enjin. Banyak lagi yang akan datang,” kata

Zul berkongsi hasratnya itu menerusi posting di Instastory.

Baru-baru ini Zul menarik perhatian apabila dilihat kerap bertemu dengan personaliti dakwah, Ebit Lew.

Menjelaskan lanjut tentang ABPBH 34, Zul berkata dia sudah memaklumkan kepada pihak penganjur berhubung penarikan pencalonan tersebut.

“Kepada semua peminat yang sentiasa menyokong kerjaya saya, Alhamdulillah di sini saya nak beritahu dan umumkan yang saya dah tarik diri daripada semua pencalonan ABPBH 34. Dan saya dah huhungi pihak BH,” katanya.

Sementara itu menerusi mesej kepada mStar, Pengurus Zul iaitu Afdal Shahizad berkata aktor berkenaan mahu fokus dan kembali aktif dalam bidang seni.

“Zul ada maklumkan tahun ni akan fokus pada kerja-kerja yang tertangguh dahulu dan mahu ruang dan masa untuk kembali dengan filem dan drama baharu setelah lama berehat kerana PKP,” katanya.

Untuk makluman nama pelakon Zul Ariffin tercalon dalam dua pencalonan iaitu kategori Gandingan Serasi Drama Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi.

Malam kemuncak ABPBH 34 dijadual disiarkan secara langsung di TV3 pada 13 November depan dan dilakukan secara virtual dengan pematuhan ketat SOP ditetapkan MKN dan KKM.-mSTAR

Zul Ariffin Tarik Diri Bertanding ABPBH34, Peminat Syak Ada Kaitan Dengan Hijrah


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Intan Najuwa Terima Hadiah Al-Quran Daripada Zul Ariffin

Begitu Mesra Bersama, Netizen Doa Ruhainies Dan Zul Ariffin Kahwin [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker