Begitu Mesra Bersama, Netizen Doa Ruhainies Dan Zul Ariffin Kahwin [VIDEO]

Begitu Mesra Bersama, Netizen Doa Ruhainies Dan Zul Ariffin Kahwin [VIDEO]

Aktres jelita Ruhainies mencuri perhatian ramai apabila tampil romantis dengan aktor kacak Zul Ariffin bagi menjayakan watak mereka di dalam sebuah drama bersiri ini.

Menerusi laman sosial Instagram, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, berkongsi sebuah video memaparkan momen mesra di antara mereka berdua

“Salah satu projek paling best untuk saya. Kami seronok menjalani penggambaran untuk drama bersiri ni. Ia mengambil masa tiga
minggu untuk habiskan 16 episod!

“@zul_ariffin adalah salah sorang gandingan yang best. Senang sangat bekerja dengan dia. I selesa sangat working with him. Dia sebenarnya
kelakar + pemalu tbh walaupun hobi dia suka kacau orang,” tulis Ruhainies sebagai kapsyen.

Menerusi perkongsian video di sebalik tabir yang berdurasi lebih empat minit itu, kedua-dua pelakon terbabit kelihatan saling mengusik dan
bermesraan sepanjang berada di set penggambaran.

Sementara itu di ruangan komen, kemesraan mereka mendapat restu daripada pengikut apabila rata-ratanya mendoakan agar Ruhainies dan Zul bertemu jodoh.

“Kalau bercinta betul pun apa salahnya. So sweet la,” komen seorang netizen

“Kahwin je la dengan Zul Ariffin ni, habis cerita,” kata seorang netizen

“Aku yang sengih sorang sorang tengok video diorang ni. Cair wehhh,” luah seorang netizen.

“Sweetnya, suka la tengok dua orang ni. Bercinta la betul betul,” gesa seorang netizen.

“Dirikan masjid, jangan tunggu lagi. Serasi dah tu,” kata seorang netizen lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 344,000 tontonan daripada pengikutnya-Gempak

Begitu Mesra Bersama, Netizen Doa Ruhainies Dan Zul Ariffin Kahwin [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


[VIDEO] Ruhainies Kenakan Kakak Guna Kek Birthday Bentuk Lipas Gergasi!

Pakcik Ini Selamba Tepuk Bahu Pelakon Ketika Shooting. “Haloh Saley Teh” [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker