Rombak SUHAKAM pun tidak, padam iklan kajian pun tidak

Rombak SUHAKAM pun tidak padam iklan kajian pun tidak. Kerajaan sehingga kini masih tidak mengambil tindakan terhadap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), meskipun genap dua minggu agensi itu mengumumkan rancangan kajian ke arah pengiktirafan gender ketiga di Malaysia secara legislatif.

Usahkan mahu merombak atau memberi amaran kepada SUHAKAM, bahkan mengarah untuk iklan kajian berkenaan dipadamkan daripada laman Facebook juga tidak dibuat, kata Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya.

Beliau tertanya-tanya mengapa SUHAKAM seolah-olah kebal dan tidak boleh disentuh, walaupun banyak pihak termasuk jabatan agama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menyuarakan bantahan terhadap usaha mereka.

“Apakah kerana kerajaan takut dengan tekanan antarabangsa yang kuat menyokong arus songsang ini?

“Mungkin kerajaan lebih takut dengan tekanan antarabangsa berbanding tekanan masyarakat Islam di negara sendiri.

“Jika tidak takut dengan tekanan masyarakat Islam, maka takutlah dengan Allah kerana Allah pasti akan menyoal kepimpinan kalian di akhirat kelak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, PEMBELA dan Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) antara pihak yang lantang membantah kajian yang diusul suruhanjaya itu.

Ini kerana nyata dapatan kajian (Research Outcome) dan kaedah menyampaikan dapatan kajian (Deliverables) bertentangan dengan agama, budaya dan undang-undang Syariah.

SUHAKAM menetapkan bahawa apa pun dapatan kajian, ia mestilah menjadi asas membentuk ‘Law Reforms’ atau meminda undang-undang sedia ada ke arah pengiktirafan transgender sebagai gender ketiga di Malaysia.

Ini termasuklah undang-undang dalam pelbagai enakmen Syariah yang terpakai di seluruh negara.

Rombak SUHAKAM pun tidak, padam iklan kajian pun tidak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukan nak tengok anak bulan, bidas Rafidah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker