Tak Boleh Keluar, Hanya Duduk Rumah.. Sistem Imuniti Anak Terjejas?
Tak Boleh Keluar, Hanya Duduk Rumah.. Sistem Imuniti Anak Terjejas?
KASIHAN juga melihat anak-anak tidak dapat membesar seperti kita dahulu.
Pandemik COVID-19 di Malaysia masih menunjukkan angka kes yang membimbangkan dan buat masa ini kanak-kanak tidak disarankan untuk keluar rumah.
Maka dengan itu, mereka hanya membesar di dalam rumah dan untuk anak yang lebih besar, terpaksa mengikuti kelas secara dalam talian.Satu perkara yang menjadi kebimbangan ibu ayah adalah tentang sistem imuniti anak. Untuk memastikan anak membesar dengan baik, seeloknya mereka berada dalam persekitaran yang pelbagai di luar rumah.
Menurut Dr Rakhee Yadav yang merupakan seorang Pakar Perunding Pediatrik, sistem imuniti yang baik sangat penting. Ia mempengaruhi kesihatan tubuh badan anak secara keseluruhan.
Pada usia anak satu tahun, sistem imuniti mereka masih belum matang. Jika sistem imuniti mereka tidak diberikan perhatian yang sepenuhnya, anak akan mudah jatuh sakit.Tahukah anda, bahawa 90 peratus perkembangan otak kanak-kanak berlaku sebelum usia mereka tiga tahun. Sepanjang tiga tahun pertama umur kanak-kanak, ia dikenali sebagai ‘Golden Period’.
Pada waktu inilah ibu ayah perlu memastikan tahap kesihatan anak-anak berada di tahap terbaik supaya kemampuan mereka untuk belajar tidak terjejas.Imuniti penting untuk lawan kuman
Apabila anak terdedah kepada pelbagai jenis patogen seperti microbes jahat sewaktu kecil, ia sebenarnya akan melatih sistem imuniti mereka untuk mengenali apa yang bahaya atau tidak.
Sistem imuniti mereka yang belum matang boleh diperkuatkan dengan pengambilan makanan seimbang, melakukan aktiviti fizikal, menjaga kebersihan serta tidur yang cukup.Macam mana nak kuatkan imuniti anak-anak?
Tambah Dr Rakhee lagi, tidak semestinya apabila duduk di rumah, sistem imuniti anak akan menjadi lemah. Banyak perkara yang boleh dilakukan supaya sistem imuniti mereka tetap berada di tahap yang terbaik. Antara saranan dari Dr Rakhee adalah:-
-
Kemas kini jadual imunisasi anak berusia satu tahun ke atas
Ini antara perkara paling penting. Pastikan anak mendapat suntikan imunisasi mengikut waktu. Bagi anak yang mungkin sudah terlepas untuk diberikan suntikan imunisasi, ibu ayah atau penjaga boleh segera menghubungi klinik kesihatan atau hospital swasta atau kerajaan untuk tarikh temu janji yang baharu.
-
Pemakanan seimbang
70-80 peratus sel imuniti ditemui pada bahagian usus. Maka dengan itu, binalah sistem imuniti yang terbaik dengan pengambilan makanan seimbang. Diet berkhasiat adalah kunci kepada perkembangan sistem imuniti yang baik. Ia haruslah mengandungi pelbagai jenis nutrisi dan vitamin untuk tumbesaran anak.
Pelbagaikan menu menarik dengan nutrisi lengkap untuk menarik minat anak.
Pastikan mereka makan tiga kali sehari bersama dengan snek di antara makanan utama (sarapan, makan tengah nari dan makan malam).Tambah Dr Rakhee, snek bukan jajan ya! Tetapi buah-buahan, sayuran atau kekacang yang diberikan sebagai snek pada selang waktu sebelum anak mengambil makanan berat pada waktu pagi, tengah hari dan malam.
Elakkan makanan yang diproses. Pastikan juga anak minum air kosong secukupnya. Menurut Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-Kanak & Remaja (2013), pengambilan dua atau tiga kali susu dalam kalangan kanak-kanak sangat disarankan. Berikan anak minum susu rumusan kanak-kanak yang diperkaya dengan MFGM dan DHA untuk membantu perkembangan mereka.
Sebuah kajian dari Veereman et al. menemukan pengambilan susu yang diperkayakan dengan MFGM dalam kalangan anak berusia atas satu tahun menunjukkan ia dapat mengurangkan episod demam. MGFM dan DHA juga memainkan peranan penting untuk menyokong sel otak untuk berhubung. Ia akan meningkatkan fokus anak serta memantapkan kemahiran motor dan komunikasi mereka.
-
Biarkan anak aktif
Ibu ayah boleh biarkan anak-anak bermain di luar rumah. Walaupun tidak dapat ke taman permainan, berikan kebebasan untuk mereka bermain dalam kawasan rumah. Anda boleh biarkan mereka mandi kolam, bermain bola dan sebagainya. Untuk anda yang tinggal di rumah pangsa, benarkan mereka untuk menghirup udara segar di balkoni di bawah pemantauan ibu ayah. Bermain di luar rumah dapat mendedahkan anak kepada microbes baik dan membantu menstimulasi otak mereka.
-
Tidur kena cukup
Selain itu, pastikan juga anak mendapat rehat secukupnya. Apabila anak cukup tidur, ia dapat mengurangkan risiko anak jatuh sakit. Mereka juga akan menjadi lebih fokus dan sentiasa bertenaga.
Tak keluar rumah, perkembangan terbantut?
Dr Rakhee turut menjelaskan, ibu ayah tidak perlu risau jika anak tidak ‘berkembang’ jika hanya duduk di rumah. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menyokong sistem imuniti serta perkembangan otak mereka. Lakukan aktiviti bersama-sama mereka untuk memastikan mereka kekal aktif dan sistem imuniti juga sentiasa di tahap terbaik.
Antara aktiviti yang bagus untuk dibuat dengan anak berusia satu hingga tiga tahun adalah seperti berkebun yang dapat menyokong kemahiran motor. Bawa anak berbasikal di sekitar kawasan rumah juga dapat memberi pendedahan kepada dunia luar serta memantapkan daya fokus mereka.
Untuk aktiviti di dalam rumah pula, ibu ayah boleh bermain role play yang dapat menggalakkan anak menjadi lebih kreatif. Permainan begini juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi serta penguasaan bahasa. Sambil bermain dapat belajar, bagus kan? Selain itu, ibu ayah boleh memperkenalkan permainan tradisional pada anak-anak seperti congkak, lompat tali, ting-ting dan banyak lagi yang membantu menguatkan daya fikir dan konsentrasi mereka.
Sistem imuniti anak tidak akan terjejas hanya kerana mereka ‘terkurung’ di rumah. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama mereka untuk menyokong sistem imuniti supaya terus berada di tahap terbaik. Kanak-kanak dengan sistem imuniti yang kuat jarang jatuh sakit dan mereka juga boleh menikmati waktu belajar!-Awani
Artikel asal di Pa & Ma
Tak Boleh Keluar, Hanya Duduk Rumah.. Sistem Imuniti Anak Terjejas?
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Maut lepas vaksin jarang berlaku, tapi majoriti babitkan penerima Sinovac
- Bukit Aman minta Najib serah dokumen
- Nakal Betul Mata Semua Ya! Ruhainies Ditegur Ketika Menari TikTok, Netizen Yang Segan [VIDEO]
- Resepi Sambal Goreng Tempe Garing
- Half of Sarawak’s Covid-19 deaths involve fully vaccined
- Latheefa Koya wajar disiasat, terlalu banyak kes penganiayaan politik
- Doktor terlampau dicekup polis
- Susu ‘Full Cream’ Atau Susu ‘Low Fat’, Mana Lagi Bagus? – Apa Kata Pakar
- Najib hantar surat tuntutan kepada Muhyiddin
- Mereka memfitnah saya menangkis – Najib
- Apa kelebihan baca ayat “Salaamun Qaulam Mir Rabbir Rahim” 3 kali?
Layari Laman Facebook MYKMU