Pertembungan bersejarah dua pemain remaja

NEW YORK: Kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2021 memahat sejarah apabila final perseorangan wanita menampilkan dua pemain bukan pilihan berusia bawah 20 tahun, malah kedua-duanya tidak pernah beraksi di pentas akhir Grand Slam.

Pemain remaja Kanada, Leylah Fernandez, 19, meneruskan langkah sensasi di New York apabila mengejutkan jaguh No. 2 dunia dari Belarus, Aryna Sabalenka 7-6 (7/3), 4-6, 6-4.

Menantinya dalam final esok seorang lagi remaja sensasi, Emma Raducanu, 18, dari Bri­tain yang menyingkirkan pilihan ke-17 dari Greece, Maria Sakkari 6-1, 6-4, sekali gus mengekalkan rekod tidak kalah sebarang set sepanjang kejohanan.

Ini kali pertama perlawanan akhir Terbuka AS menampilkan dua pemain remaja sejak Serena Williams yang berusia 17 tahun menewaskan Martina Hingis, 18, pada 1999.

LEYLAH Fernandez tidak percaya berjaya mengejutkan pemain No. 2 dunia dari Belarus, Aryna Sabalenka 7-6 (7/3), 4-6, 6-4.

“Perkataan yang sesuai menggambarkan situasi ketika ini adalah ‘keajaiban’. Bukan larian saya saja yang bagus tapi cara bermain juga sempurna.

“Saya cuba bermain tenang, menghiburkan penonton dan gembira dengan apa yang saya lakukan di gelanggang,” kata Fernandez.

Menghuni ranking ke-73 dunia, Fernandez dianggap ‘pembunuh gergasi’ selepas turut menjadikan juara dua kali yang juga pemain No. 3 dunia, Naomi Osaka sebagai mangsa, selain jaguh No. 5 dunia, Elina Svitolina.

Sementara itu, Raducanu bukan saja muncul wanita pertama dari pu­singan kela­yakan mara ke final Grand Slam, malah yang termuda sejak Maria Sharapova menjuarai Wimbledon 2004 di usia 17 tahun.

.

Dia kini membawa misi muncul pemain wanita Bri­tain pertama merangkul gelaran Grand Slam sejak Virginia Wade menjuarai Wimbledon 1977.

“Mengejutkan, gila..saya seperti tidak mempercayainya.

“Saya tidak kisah bertemu siapa, saya hanya mahu beraksi di final dan menikmati perlawanan,” kata Raducanu yang menghuni ranking ke-150 dunia. – AGENSI

Pertembungan bersejarah dua pemain remaja


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pemain Sarawak United serang pengadil [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker