Tan Sri Zaman Khan meninggal dunia

PETALING JAYA – Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.15 pagi hari ini.

Difahamkan jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Aman di ibu negara untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.

Khabar duka itu turut dikongsi Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr. Shamrahayu Abdul Aziz menerusi laman Facebook beliau sebentar tadi.

“Saya mendapat berita Tan Sri Zaman Khan baru saja meninggalkan kita. Moga rohnya ditempatkan bersama para anbiya dan para solihin. Bacalah al-Fatihah untuk Tan Sri,” tulisnya sebentar tadi

Tan Sri Zaman Khan meninggal dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kuarantin di rumah punca kes BID meningkat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker