Penganggur didakwa 15 tuduhan seks luar tabii, amang seksual dan cabul 2 anak tiri

Penganggur didakwa 15 tuduhan seks luar tabii, amang seksual dan cabul 2 anak tiri

Seorang penganggur berusia 30 tahun mengaku tidak bersalah di dua mahkamah di Selayang, atas 15 pertuduhan melakukan seks luar tabii, amang seksual fizikal, dan mencabul dua anak tiri perempuannya antara 2015 hingga 2020.

Tertuduh yang memakai baju-T merah membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Nor Rajiah Mat Zin dan Majistret Nur Hafizah Rajuni.



Di Mahkamah Sesyen, dia didakwa atas tiga pertuduhan melakukan seks luar tabii dan empat tuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas dua anak tirinya yang kini berusia 19 dan 20 tahun, menurut laporan Bernama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kediaman mereka di Sri Gombak dekat sini antara 29 Ogos 2015 dan 25 Ogos 2020.

Bagi kesalahan seks luar tabii, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebat.

Bagi kesalahan amang seksual fizikal pula, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.



Di Mahkamah Majistret pula, tertuduh berdepan lapan pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap kedua-dua mangsa dengan maksud untuk mencabul kehormatan mereka.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama antara 27 Ogos 2015 dan 15 Mac 2017.

Tuduhan bagi kes itu dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, atau dengan denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Bagi kes di Mahkamah Sesyen, lelaki itu diberikan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin manakala untuk kes di Mahkamah Majistret pula, dia diikat jamin RM16,500.



Kedua-dua mahkamah juga menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai dan tidak tinggal serumah dengan mangsa serta menetapkan 20 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria dan Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal manakala tertuduh diwakili peguam Mohammed Fudhail Ahmad Zulaini.

Sebelum prosiding bermula, tertuduh dilihat menangis sambil memandang ke arah ahli keluarganya yang berada di galeri awam. FMT

Penganggur didakwa 15 tuduhan seks luar tabii, amang seksual dan cabul 2 anak tiri




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker