Keluarga mangsa bot terbalik pertimbang saman PBT

PETALING JAYA: Keluarga mangsa yang maut dalam kejadian bot terbalik di Pantai Teluk Batik, Seri Manjung bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan pengusaha terbabit.

Mohamad Hafiz Johari, 31, mendakwa ketika kejadian meragut nyawa isterinya, Nurul Afiqah Abdullah Sani, tiada penjaga pantai atau pihak berkaitan berada di pantai berkenaan datang membantu.

Beliau turut mendakwa wujud kekurangan dari aspek keselamatan seperti tiada jaket keselamatan dan pemantauan oleh MPM yang sepatutnya dibuat memadangkan kawasan itu menjadi tumpuan pada cuti umum.



“Buat masa ini, kami perlu selesaikan perkara yang perlu dulu dan akan berbincang dengan ahli keluarga untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya menurut Berita Harian.

Dalam kejadian semalam, bot dinaiki Hafiz bersama Afiqah, adik dan dua anaknya yang bergerak laju tiba-tiba berpusing lalu terbalik di Pantai Teluk Batik.

Nurul Afiqah yang ditemui terperangkap di bawah bot terbalik itu dibawa ke Hospital Seri Manjung dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kira-kira 5 pagi hari ini.

Hafiz turut berharap SOP di pantai itu akan diperketatkan termasuk kepada pengusaha bot dan penjaga pantai bagi mengelak kejadian sama berulang.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rita Rudaini dah nikah?

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam



DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker