Lelaki mengamuk elak dari ditahan

Lelaki mengamuk elak dari ditahan

KAJANG – Seorang lelaki disyaki kurang siuman membuat onar dengan mengamuk termasuk membaling barangan dan mengugut mahu memotong saluran getah tong gas petroleum cecair (LPG) ketika proses penahanan di Jalan Semenyih Sentral 1 di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.05 petang itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah ke rumah tersebut bagi mengesan suspek berusia 34 tahun yang dipercayai terlibat dalam satu kes ugutan jenayah pada 28 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan polis yang dibuat seorang pengadu berhubung kejadian pada 28 Ogos lalu.

“Suspek telah datang ke sebuah syarikat penghantaran barang dengan memegang sebilah parang dan mengugut akan mencederakan sesiapa yang mahu melawannya.

“Pengadu telah menghubungi polis dan sebaik ketibaan anggota polis, suspek telah melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya telah ke rumah suspek untuk menahannya namun suspek telah mengamuk dengan membaling dan memecahkan barangan di dalam rumah tersebut.

“Suspek juga cuba memotong saluran getah tong gas petroleum cecair (LPG) dan meletakkan di hadapan rumah untuk meletupkan rumah termasuk mengunci pintu bagi mengelakkan dari ditahan.

“Suspek telah dipujuk secara baik namun masih berdegil. Polis telah meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Semenyih untuk memasuki rumah tersebut sebelum berjaya menahan suspek.

“Suspek yang telah berkahwin tersebut mempunyai lima rekod penyalahgunaan dadah dan dua rekod berkaitan jenayah. Suspek turut didapati terlibat dalam dua kes berasingan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan pada Selasa lalu dan Seksyen 427 Kanun yang sama pada 29 Ogos lalu,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. K Online

Lelaki mengamuk elak dari ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker