Warga emas selesai kuarantin COVID-19 maut ambulans terbabas

Warga emas selesai kuarantin COVID-19 maut ambulans terbabas

KUANTAN: Seorang warga emas yang baru selesai menjalani kuarantin COVID-19 maut selepas ambulans dinaikinya hilang kawalan dan terbabas ke longkang di Kilometer 21 Jalan Pekan-Batu Balik, Pekan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata mangsa, lelaki warga tempatan berusia 74 tahun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pekan pada 10.20 malam tadi.



“Nahas dipercayai berlaku pada 4.15 petang semasa ambulans yang dalam perjalanan menghantar mangsa yang tamat tempoh kuarantin di Hospital Pekan pulang ke rumahnya di Felda Chini, terbabas semasa melalui jalan yang sedang dinaik taraf.

“Kemalangan juga menyebabkan pemandu ambulans dan jururawat yang berada dalam kenderaan itu cedera ringan,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Kamarulzaman berkata mangsa yang merupakan pesakit lelah kronik menjalani kuarantin di Hospital Pekan setelah disahkan sebagai kontak rapat pesakit COVID-19.

— BERNAMA

Warga emas selesai kuarantin COVID-19 maut ambulans terbabas




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker