Polis klasifikasi semula kes Pengawal keselamatan sebagai kes bunuh

IPOH: Polis mengklasifikasikan semula kes pengawal keselamatan yang diserang ketika bertugas di kolam renang sebuah kondominium di sini Disember tahun lepas sebagai bunuh, selepas mangsa meninggal dunia pada Jumaat.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya telah merujuk semula kes berkenaan kepada pihak pendakwa raya hari ini dengan mencadangkan pertuduhan yang lebih tinggi dikenakan kepada suspek.

“Polis mengklasifikasikan semula kes ini pada hari mangsa tersebut meninggal dunia di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

“Kes ini masih lagi menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwa raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Sabtu lepas, Mior Faridalathrash berkata susulan insiden pada 29 Dis itu, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dan suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pada 6 Jan lepas kerana mendatangkan kecederaan parah, dan kes akan disebut semula pada 9 Sept ini.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada tindakan suspek yang tidak berpuas hati terhadap pengawal keselamatan itu kerana cuba menghalang anak suspek daripada menggunakan kolam renang yang tidak dibuka kepada orang ramai ketika itu.

Bagaimanapun, beliau berkata pengawal keselamatan itu meninggal dunia di rumahnya pada Jumaat dan hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematian disebabkan jangkitan pada paru-paru (Sepsis).

Ahli keluarga pengawal keselamatan berkenaan bagaimanapun tidak berpuas hati dan mendakwa punca kematian adalah disebabkan kejadian pukul tahun lepas.

Polis klasifikasi semula kes Pengawal keselamatan sebagai kes bunuh


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker