Letupan gerai buah, polis siasat aspek kecuaian

Letupan gerai buah, polis siasat aspek kecuaian

Letupan gerai buah, polis siasat aspek kecuaian

SHAH ALAM: Polis menyiasat aspek kecuaian berhubung kes letupan yang berpunca daripada serbuk karbaid di premis menjual buah-buahan di Jalan Gudang Nenas, Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan berbanding hanya kertas siasatan inkuiri polis sebelum ini.

Katanya, insiden letupan disahkan akibat serbuk karbaid hasil pemeriksaan dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan forensik polis.

“Pada mulanya, kita buka kertas siasatan inkuiri sahaja, namun hari ini ia disiasat mengikut 286 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkaitan bahan letupan.

“Setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau cedera akibat letupan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


Beliau berkata, setakat ini seramai empat individu sudah diambil keterangan membabitkan pemilik kenderaan dan pemilik kedai serta menunggu laporan daripada Masjid Bandar Diraja Klang.

Katanya, siasatan dalaman turut dilakukan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berhubung letupan itu.

Semalam media melaporkan, polis mengesahkan kejadian letupan di sebuah premis menjual buah-buahan yang terletak bersebelahan Masjid Bandar Diraja Klang di Jalan Gudang Nenas, Bandar Baru Klang berpunca daripada serbuk karbaid untuk pemeraman buah.

Vijaya Rao berkata, pihaknya bersama pasukan bomba tiba di lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada jam 5.21 petang tadi.

“Siasatan awal mendapati, kejadian letupan berlaku di bahagian belakang premis yang mana letupan berpunca daripada simpanan serbuk karbaid yang digunakan untuk pemeraman buah-buahan.

“Letupan itu menyebabkan kerosakan di bilik simpanan buah (bilik sejuk) serta mengakibatkan kerosakan kecil beberapa kenderaan awam,” katanya.

Letupan gerai buah, polis siasat aspek kecuaian

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker