Kanye West mohon tukar nama
Kanye West mohon tukar nama
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat (AS), Kanye West telah membuat permohonan mahkamah untuk menukar namanya kepada Ye, lapor portal berita MailOnline, semalam.
Peguam yang mewakili bekas suami Kim Kardashian itu mengemukakan petisyen untuk menukar nama West daripada nama kelahirannya Kanye Omari West menjadi Ye.
West, 44, memberikan alasan peribadi bagi penukaran itu yang dicatat dalam dokumen undang-undang namun tidak memberikan perincian lain.
Baca Artikel Menarik :
- Pesakit Covid-19 Tumbuk Jururawat Sebelum Cuba Lari Dari Hospital
- Tunai umrah bersama, rakan baik songlap duit
- Azalina digesa dilantik sebagai Menteri KDN
- Dari Penternak Kambing Ke Laman Rumah Mentua, Kini Mr. Pepper Ada Kilang Sendiri
- Most Eligible Royal Bachelor Of Malaysia
- Azmin as DPM? Mediocrity breeds mediocrity
- Beri peluang Ismail Sabri jadi Menteri Kewangan
- Rakyat nak pembaharuan, nama kerajaan tak penting – Najib
- Sultanah akan beri keterangan dalam saman fitnah
- Resepi Kek Paun Lemon Sedap
- Lantik Azmin sebagai TPM umpama bunuh diri
Layari Laman Facebook MYKMU
Penyanyi rap tersebut turut menamakan album studio kelapannya dengan tajuk Ye.
Permohonan menukar nama itu dijangka diluluskan oleh hakim kerana kebiasaannya, pihak mahkamah tidak mempunyai sebarang halangan mengenai tindakan itu selagi tiada bukti ia dipohon atas tujuan penipuan.
“Saya percaya ‘Ye’ adalah perkataan yang paling biasa digunakan dalam Bible yang bermaksud ‘anda’, “kata West pada 2018.
Permohonan pertukaran nama itu berlaku hanya beberapa hari sebelum pelancaran album terbaharunya, Donda pada Jumaat ini. K Online
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kanye West mohon tukar nama