Bipasha Basu ketagih berlakon adegan seksual

Bipasha Basu ketagih berlakon adegan seksual

Pelakon terkenal Bollywood, Bipasha Basu, 43, mengaku ketagih untuk melakonkan adegan seks atau intim sejak mencipta populariti menggila menerusi filem Raaz, gandingannya bersama aktor Dino Morea.

Disifatkan sebagai antara pelakon Bollywood yang berani melakonkan adegan sedemikian, Bipasha bagaimanapun mengaku ada ketika diselubungi rasa malu jika pertama kali bergandingan dengan mana-mana pasangan pelakon.



“Kami sebagai aktor dan aktres dan perlu mendapatkan keserasian saat dipasangkan di sesebuah set penggambaran. Awalnya, pernah saya rasa macam nak membatalkan saja kerja tersebut. Iyalah, takut juga.

“Lagipun menerusi wajah dan tubuh inilah yang mengekspresikan adegan intim dalam babak-babak yang difilemkan. Sudah tentulah ia akan ditonton oleh banyak orang. Sesekali terdetik di hati, apalah yang akan mereka fikirkan,”katanya.

Menurut Bipasha, perasaan itu adakalanya lebih sukar seandainya dia ternyata memang berkawan atau kenal dengan aktor lawannya dalam sesebuah projek filem intim sebegitu.


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


“Tetapi, kemudian, kami ada cara masing-masing untuk menjernihkan suasana kekok it. Biasanya, saya banyak berjenaka dan ketawa. Kadang-kadang macam orang mabuk sebelum berlakon dengan pasangan pelakon untuk adegan intimasi itu.

“Tapi lama kelamaan, seiring dengan waktu, semua itu jadi lebih mudah,”katanya.

Bipasha sering mendapat perhatian di Bollywood kerana memiliki bentuk tubuh yang seksi dan warna kulitnya yang disifatkan sebagai eksotik.



Sebelum ini juga pernah menjadi desas desus bahawa Bipasha menerima bayaran yang tinggi dalam industri perfileman Bollywood kerana keberaniannya melakonkan aksi-aksi erotik dan babak seksual.

Bipasha Basu ketagih berlakon adegan seksual

Tak perlu lantik TPM pun, jangan peningkan kepala



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker