Bapa jumpa kepala anak dalam peti sejuk

Bapa jumpa kepala anak dalam peti sejuk

ACCRA: Seorang bekas pemain bola sepak dari Ghana ditahan polis selepas kepala remaja lelaki yang dipenggal, ditemukan di dalam peti sejuk di rumahnya.

Lapor Daily Star, Richard Gyamfi, 28, ditahan selepas bapa remaja itu, Thomas Agnei memecah masuk kediamannya yang membawa kepada penemuan mayat anaknya di salah sebuah bilik yang terkunci.



Polis juga menemukan beberapa bahagian anggota badan dan kepala di dalam peti sejuk di kediaman bekas pemain itu yang terletak di bandar Sunyani, Ghana pada 22 Ogos lalu.

Kanyi Daily melaporkan, kejadian itu terbongkar apabila Agnei mendakwa Gyamfi mengajak anaknya yang berusia 13 tahun, Louis Agyemang ke rumahnya dari taman berhampiran.

Gyamfi memberitahu Agnei tidak pernah melihat anaknya malah menegaskan tiada mempunyai kaitan dengan kehilangan Louis.

Namun, salah seorang rakan Louis mendakwa telah melihat Gyamfi membawa mangsa ke rumahnya.



“Bapa Louis dan beberapa penduduk tempatan memasuki kediaman bekas pemain bola sepak itu.

“Pada mulanya, mereka tidak menemui apa-apa sehingga bertindak memecah masuk sebuah bilik terkunci dan menjumpai mayat Louis tanpa kepala di atas lantai,” jelas laporan itu.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Penduduk kemudian menghubungi polis berhubungan penemuan itu.

Polis tiba di tempat kejadian dan menemukan dua lagi kepala yang dipenggal dan beberapa bahagian anggota badan yang disumbatkan dalam peti sejuk di rumah tersebut.

Setakat ini, polis masih belum mendedahkan identiti mangsa lain.

Pengarah Hal Ehwal Awam bagi Perkhidmatan Polis Ghana, Alexander Kwaku Obeng berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik hospital di Accra untuk proses bedah siasat.



Siasatan masih sedang dijalankan dan suspek kini ditahan. Utusan

Bapa jumpa kepala anak dalam peti sejuk

Tak perlu lantik TPM pun, jangan peningkan kepala



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker