PM mengadap Agong esok pagi?

PM mengadap Agong esok pagi?

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.

“Ada (majlis Perdana Menteri, Datuk Seri) Ismail Sabri menghadap Agong pagi esok. Jam 11 pagi,” kata satu sumber kepada MalaysiaGazette hari ini.



Difahamkan pertemuan itu akan diadakan di Kuantan, Pahang.

Pertemuan itu dipercayai untuk mengemukakan senarai calon bagi jawatan menteri-menteri Kabinet.

Dalam pada itu, senarai menteri dijangka diumumkan Ismail Sabri pada Jumaat depan.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, senarai jemaah menteri Kabinet akan diumumkan minggu ini juga selepas beliau mengangat sumpah jawatan Perdana Menteri pada Sabtu lalu.



Untuk rekod, senarai jemaah menteri akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum diumumkan. MG

PM mengadap Agong esok pagi?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Tak perlu lantik TPM pun, jangan peningkan kepala

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker