Hijau Kuning berpesta gol di Petaling Jaya

Hijau Kuning berpesta gol di Petaling Jaya . KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) melonjak ke tangga ketiga Liga Super selepas membelasah Petaling Jaya City (PJ City) FC 4-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Anak buah Aidil Sharin Sahak membuka jaringan seawal minit keempat menerusi jaringan Rabih Ataya untuk menterjemahkan penguasaan KDA di awal babak pertama.

Percubaan demi percubaan dilakukan KDA sekali lagi menghukum anak buah P Maniam apabila jaringan Kpah Sherman menembusi gawang pada minit ke-45 masa tambahan separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, duka semakin menimpa skuad The Pheonixs apabila Kpah sekali lagi menyumbat gol keduanya pada minit ke-56 untuk meletakkan KDA selesa di depan.

Tersentak dengan keputusan itu, PJ City cuba mengejar selain berhasil menemui gol tunggal mereka menerusi jaringan Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-61.

KDA bingkas memutlakkan kemenangan pada minit ke-90 masa kecederaan menerusi jaringan Fayadh Zulkifli untuk terus memberi kehampaan kepada PJ City yang tewas berturut-turut dalam perlawanan Liga Super sebelum ini.

Sementara itu, Kuching City FC menewaskan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang dalam aksi tunggal Liga Premier petang tadi.

Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim melakar kemenangan kedua berturut-turut di stadium berkenaan menerusi jaringan Mohd Irwan Syazmin Wahab di minit ke-58 dan Amir Amri Salleh pada minit ke-82 sementara gol tunggal JDT II dihasilkan minit ke-17 hasil jaringan Fernando Rodriguez Ortega. – Bernama

Hijau Kuning berpesta gol di Petaling Jaya


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ini kata Faizal Azumu sekiranya tidak dilantik jadi Menteri

Beri peluang, masa Ismail Sabri buktikan kemampuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker