Samun senjata tajam tak berbaloi hanya dapat RM50

Samun senjata tajam tak berbaloi hanya dapat RM50. Pekerja sebuah kedai serbaneka 24 jam diancam dengan senjata tajam oleh seorang lelaki yang menyamun premis itu di Taman Chengal di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 6.26 pagi itu, lelaki berkenaan meluru masuk ke kedai ketika wanita itu sedang menyapu berdekatan pintu masuk premis terbabit.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Azhar Yusof berkata, lelaki yang memakai topi keledar biru dan bersenjatakan pisau kemudiannya mengarahkan pekerja terbabit ke kaunter jualan sebelum memaksa mengeluarkan wang daripada mesin wang.

“Pekerja wanita itu mengeluarkan wang berjumlah RM50 sebelum menyerahkan kepada lelaki itu.

“Selepas mendapatkan wang berkenaan, lelaki dianggarkan berusia dalam lingkungan 20-an itu terus melarikan diri, ” katanya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira tiga minit dan turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, laporan sudah dibuat mangsa mengenai kejadian terbabit dan kes itu sedang disiasat.

 

Samun senjata tajam tak berbaloi hanya dapat RM50


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bintang TikTok maut jatuh bangunan semasa rakam video [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker