Bintang TikTok maut jatuh bangunan semasa rakam video [VIDEO]

ISTANBUL: Seorang bintang TikTok meninggal dunia selepas terjatuh dari ketinggian 48 meter bersamaan sembilan tingkat bangunan akibat terpijak penutup plastik berwarna kelabu yang di bahagian atap bangunan.

Lapor Daily Mail, sebelum kejadian itu berlaku, mangsa, Kubra Dogan, 23, bersama sepupunya, Helen, 16, naik ke bumbung bangunan apartmen untuk merakam video serta mengambil swafoto dalam TikTok ketika matahari terbenam.

Mangsa sempat memuat naik gambar dan video di atas bangunan itu sekitar pukul 7.30 malam untuk tatapan peminatnya sebelum dia dilaporkan terjatuh.



Kejadian tragis itu berjaya dirakamkan oleh Helen yang menunjukkan Kubra sedang beraksi di depan kamera sebelum duduk di bahagian tepi bumbung.

Kubra kemudian melangkah ke bahagian bawah bangunan ketika Helen memusingkan kamera kembali ke wajahnya.

https://www.youtube.com/watch?v=agZ5w3PRHyA

Bintang TikTok maut jatuh bangunan semasa rakam video. Kamera itu kemudian bergerak kembali ke arah Kubra dan tidak semena-mena merakamkan insiden dia melangkah ke panel plastik itu sebelum terjunam.



Suara jeritan kuat dapat didengari ketika bintang Tik tok itu terjatuh secara tidak sengaja.

Sepupunya yang berada dalam ketakutan bergegas kembali ke apartmen untuk memberitahu keluarganya mengenai kemalangan itu.

Pasukan paramedik mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian.

Bapa saudara mangsa, Nebi Dogan berkata, pihak keluarga akan mengemukakan saman terhadap kontraktor bertanggungjawab kerana memasang panel plastik yang nipis dan tidak akan mengalah selagi mereka tidak dibawa ke muka pengadilan.



Nebi turut memberitahu ahli keluarga sudah memberi peringatan kepada mangsa supaya tidak menghasilkan video TikTok yang berbahaya, namun, mangsa tidak menghiraukannya.

Bintang TikTok maut jatuh bangunan semasa rakam video


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kereta Terbang Nyaris Masuk Dalam Restoran [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker