Zahid Sakit Tangguh Kes, Doktor Kena Sapina
Oleh Nurul Aisyah
ANWAR Ibrahim dikatakan pernah menangguhkan kes beliau lebih daripada 50 kali. Hari ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir pada perbicaraan kes beliau kerana mengalami masalah kesihatan. satu video yang memaparkan Presiden UMNO itu disorong atas katil di sebuah hospital sedang tular.
[videopress 8qPBUq8d]Namun begitu, Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan sapina ke atas seorang doktor pakar hospital swasta tersebut untuk hadir ke mahkamah bagi menjelaskan keadaan kesihatan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Hakim Collin Lawrence Sequerah mengeluar sapina itu ke atas Dr Mohd Shahir Anuar dari Hospital Pakar Avisena, Shah Alam untuk hadir ke mahkamah pada pukul 3.30 petang, Rabu.
“Kes ini tidak boleh ditangguh lagi, saya mahu kes ini diselesaikan pada tahun ini juga. Adalah tidak adil bagi tertuduh dan mahkamah untuk terus menangguhkan kes ini terlalu lama.
“Kes ini mula disebut di mahkamah pada 2019,” katanya di sini, pada Selasa.
BACA: Zahid Hamidi masuk hospital, perbicaraan mungkin ditangguh
Hakim Collin Lawrence turut meminta wakil daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan untuk hadir pada prosiding yang ditetapkan esok.
Sebelum itu, prosiding ditangguhkan hampir satu jam bagi memberi ruang kepada pasukan pembelaan untuk berbincang dengan doktor berkenaan sama ada dapat hadir ke mahkamah hari ini.
Kes Presiden UMNO yang menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram dikatakan pendakwaan politik yang bertujuan untuk menyerang parti UMNO.