Airbnb sediakan tempat tinggal percuma buat 20,000 pelarian Afghanistan

Airbnb sediakan tempat tinggal percuma buat 20,000 pelarian Afghanistan

Airbnb hari ini mengumumkan inisiatif perumahan secara percuma buat 20,000 pelarian Afghanistan di seluruh dunia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Airbnb Brian Chesky pada Selasa, program itu akan bermula serta-merta melalui pembiayaan oleh syarikat perkhidmatan penyewaan itu sendiri.



“Perpindahan secara terpaksa dan penempatan semula pelarian Afghan di Amerika Syarikat serta negara lain merupakan salah satu krisis kemanusiaan terbesar pada zaman ini.

“Saya berharap ini memberi inspirasi kepada pemimpin perniagaan lain untuk turut mengikuti langkah yang sama,” kata Brian menerusi Twitter.

Menurut laman web Airbnb.org, seramai 75,000 orang dari seluruh dunia menggunakan perkhidmatan tersebut sejak 2012.

Brian bagaimanapun tidak memperincikan berapa jumlah peruntukan yang disediakan Airbnb, serta berapa lama golongan pelarian boleh memanfaatkan inisiatif tersebut.

Sejak ibu kota Kabul jatuh ke tangan Taliban, berpuluh ribu rakyat Afghanistan cuba melarikan diri dari Afghanistan sehingga mengakibatkan lapangan terbang Kabul sesak.



Amerika Syarikat menganggarkan seramai 48,000 orang dibawa keluar dari negara itu baru-baru ini.-Awani

Airbnb sediakan tempat tinggal percuma buat 20,000 pelarian Afghanistan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Taliban lepas tembakan ke udara kawal orang ramai di lapangan terbang Kabul



Taliban Raikan Kemenangan Dengan Bermain Bumper Car Dan Bersenam Di Gimnasium

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker