Taliban lepas tembakan ke udara kawal orang ramai di lapangan terbang Kabul

Rakyat bersesak, keadaan di lapangan sangat mencabar

Taliban melepaskan tembakan ke udara dan menggunakan belantan supaya rakyat beratur di luar lapangan terbang Kabul, kata saksi sehari selepas tujuh warga Afghanistan terbunuh dalam keadaan ngeri di pintu gerbang.

Semalam, Kementerian Pertahanan Britain berkata, tujuh rakyat Afghanistan terbunuh dalam kekacauan di lapangan terbang di Kabul ketika ribuan orang bersesak melarikan diri meninggalkan Afghanistan selepas negera itu dikuasai Taliban.

Sky News menayangkan rakaman anggota tentera berusaha menarik rakyat yang cedera keluar dari kesesakan dan menghalakan hos air bagi mengelakkan mereka mengalami dehidrasi.

“Keadaan di lapangan sangat mencabar, namun kami berusaha melakukan segala yang kami mampu untuk menguruskan keadaan dengan selamat dan aman,” kata kementerian dalam satu kenyataan.



Menurut kementerian itu, United Kingdom kini sudah memindahkan hampir 4,000 orang awam dari Afghanistan sejak 13 Ogos lalu.

Seorang pegawai NATO berkata, sekurang-kurangnya 20 orang maut dalam tempoh tujuh hari lepas di dan sekitar lapangan terbang.

Saksi berkata, ada di antara mereka mati ditembak. – Agensi

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM kata peralihan kerajaan lagi akan merugikan negara

PM paling lama, paling sekejap, paling tua dan paling muda memerintah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker