Yang tular siput sedut, yang dibawa balik remis

Yang tular siput sedut, yang dibawa balik remis.  Suasana pantai Klebang di sini, yang sebelum ini sunyi bertukar gamat hari ini, apabila diserbu orang ramai ekoran kemunculan siput sedut dan remis.

Tinjauan Harian Metro mendapati, sepanjang pantai itu dipenuhi orang ramai yang datang bersama keluarga untuk mencari siput sedut dan remis.

Penduduk, Jamilah Amat, 53, berkata, dia pada awalnya datang ke pantai Klebang untuk mencari siput sedut selepas kehadirannya tular di media sosial.

Katanya, bagaimanapun, sebaik tiba, dia mendapati siput sedut itu bersaiz kecil sebelum menemui remis di pesisir pantai.

“Saya tiba ke pantai ini jam 3.30 petang bersama anak. Kami mengorek remis dalam pasir sebelum menemuinya dalam kuantiti besar.

“Tidak lama kemudian, lebih ramai tiba untuk mencari remis serta siput sedut,” katanya ditemui.

Jamilah yang tinggal di Kampung Pinang berkata, kawasan pantai itu yang ditutup sebelum ini menyebabkan remis membiak dengan banyak.

“Rezeki hari ini, tiada siput sedut, dapatlah remis untuk dijadikan hidangan serta dibahagi-bahagikan dengan jiran,” katanya.

Yang tular siput sedut, yang dibawa balik remis


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Most Eligible Royal Bachelor Of Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker