Kontrak Nona Mira Filzah ditamatkan awal 5 bulan

Kontrak Nona Mira Filzah ditamatkan awal 5 bulan

“Hampir empat tahun bersama Nona, Mira sudah terlalu selesa dan mahu beri peluang kepada orang lain.”

Itu antara yang dinyatakan aktres Mira Filzah dalam satu hantaran Instagramnya mengenai pengalaman dan penamatan kontraknya sebagai pengacara rancangan Nona.

Menerusi hantaran tersebut, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, mendedahkan kontraknya sebagai pengacara Nona, sebenarnya ditamatkan lima bulan lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya.

Bagaimanapun, dia tetap menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka begitu juga dengan setiap pandangan semua pihak mengenai cara pengacaraannya selama ini.

“Walaupun kontrak habis lima bulan awal, saya terima dgn hati yang terbuka. Faktanya, saya gembira, Alhamdulillah, Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita.

“Saya faham kita semua mempunyai pendapat berbeza, ada yang kurang setuju dengan penyampaian saya dan hormat pandangan anda semua.

“Saya akui tidaklah handal dalam bidang pengacaraan, tetapi dapat bertahan lama di program ini selama tiga tahun lapan bulan. Pada awal penglibatan, ingat dapat bertahan setahun atau dua sahaja, rupa-rupanya lebih lama,” katanya panjang lebar.

Tambah isteri kepada arkitek, Wan Emir Astar itu, dia bersyukur kerana diberi peluang untuk setiap pengalamannya bersama Nona.

“Apa pun, saya berterima kasih untuk setiap pengalaman bersama Nona. Terima kasih untuk video penghargaan, baru rasa sedih,” ujarnya.

Pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu juga mengakui pernah menyuarakan hasrat untuk mengakhiri tugasnya sebagai pengacara Nona sekitar tahun ini.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Minggu lepas ialah episod terakhir Mira bersiaran untuk Nona 2021, semuanya dilakukan sendiri. Penggambaran episod pertama Nona pada Disember 2017 dan episod akhir pada 1 Julai lalu.

“Saya juga pernah beritahu pengurus mungkin tahun ini tahun terakhir Mira bersama Nona. Saya mahu fokus untuk perkara lain pada tahun depan.

“Hampir empat tahun bersama Nona, saya rasa sudah terlalu selesa. Bukan tidak sayang atau tidak suka, cuma mahu memberi peluang pada orang lain dan membuka ruang pada diri untuk mencuba perkara baru,” tulisnya dalam entri tersebut.

Kosmo! pada 26 Julai lalu melaporkan Amyra Rosli secara rasmi diumumkan sebagai pengacara Nona baharu menggantikan Mira.

Hari ini, menjadi episod pertama Nona bersiaran di bawah kendalian pemilik nama lengkap Nur Amira Izzati Rosli itu. K Online

Kontrak Nona Mira Filzah ditamatkan awal 5 bulan

Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker