Wan Saiful meroyan PM batalkan pertemuan dengan Hamzah

Wan Saiful meroyan PM batalkan pertemuan dengan Hamzah

Buat apa nak meroyan. Ingat PM duduk saja ke? Banyak lagi hal negara yang lebih penting dari nak jumpa Hamzah bincang jawatan TPM.

Berikut berita dipetik dari FMT



Bersatu kecewa PM batal pertemuan dengan Hamzah saat akhir

Bersatu mendakwa Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob membatalkan pertemuan dengan Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainudin pada saat-saat akhir.

Ketua Penerangannya, Wan Saiful Wan Jan berkata, pertemuan itu sepatutnya diadakan petang semalam bagi membincangkan perjanjian berkaitan “terma-terma penting” antara Perikatan Nasional (PN) dan perdana menteri.

“PM setuju adakan perjumpaan tersebut semalam jam 2.30 petang. Tetapi saya agak kecewa perjumpaan itu dibatalkan minit-minit akhir oleh perdana menteri.



“Jadi, kita menuntut perdana menteri menunjukkan sikit rasa hormat kepada Ahli-ahli Parlimen di blok yang menyokong beliau,” katanya dalam sidang media di Jitra, Kedah.

Beliau berkata, jika Ismail boleh mengotakan janji dan menghormati Pakatan Harapan (PH), kenapa tidak berbuat demikian kepada PN sedangkan ia adalah blok terbesar yang menyokongnya menjadi perdana menteri.

Katanya, Bersatu menyokong Ismail kerana yakin beliau boleh menjadi perdana menteri yang mempunyai integriti.

“Tetapi, akhirnya sekarang (beliau dilihat cenderung) jilat golongan kleptokrat dalam Umno.



“Kita faham Ismail risau tak dapat watikah pencalonan daripada (Presiden Umno) Ahmad Zahid Hamidi, tetapi jangan sampai jual diri begitu sekali.”

Sebelum ini, media mendedahkan Ismail menandatangani perjanjian dengan PN sebelum beliau dilantik sebagai perdana menteri pada Ogos 2021.

Menurut salinan perjanjian yang dibocorkan, jawatan timbalan perdana menteri dijanjikan kepada tonggak PN, Bersatu.

Pada 28 Julai lalu, PN menyuarakan kekecewaan terhadap Ismail kerana dilihat “tidak bersungguh” memenuhi “terma penting” perjanjiannya dengan gabungan itu dan mahu menghantar wakiluntuk membincangkan pelaksanaan janji itu dalam masa terdekat.



Wan Saiful meroyan PM batalkan pertemuan dengan Hamzah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh



Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker