Harga makanan, hotel Langkawi ‘cekik’ darah

Harga makanan, hotel Langkawi ‘cekik’ darah

Harga makanan dan hotel yang mahal serta tidak masuk akal punca utama orang ramai lebih memilih Hatyai sebagai destinasi utama untuk bercuti berbanding Langkawi.

Menerusi komen orang ramai di hantaran laporan Kosmo! hari ini, rata-rata memberikan pandangan sama bahawa bercuti di negara jiran lebih murah dan berbaloi.



Ada seorang pengguna meluahkan dia terpaksa keluar lebih RM1,200 untuk bermalam selama dua malam di Langkawi.

“Tak berbaloi, mahal sangat-sangat. Tiga hari dua malam dah habis RM1,200,” komen Nazreen Ikmal.

Beberapa lagi pengguna berkata, harga yang dibayar juga tidak setimpal dengan servis yang diberikan oleh pihak hotel di Langkawi membuatkan negara jiran seperti Hatyai menjadi pilihan.

“Semuanya tentang kos. Saya selalu sokong pelancongan Malaysia. Tapi hari ni semuanya melonjak naik dan servis dua bintang je. Bayaran kalah lima bintang. Bercuti di negara jiran lebih murah dan berbaloi,” komen Lady Munny.



“Fakta pergi Langkawi memang semua mahal. 70 peratus yang disajikan di Langkawi ada di Hatyai dan jauh lebih murah walaupun ringgit dah menghampiri dolar,” komen Saidin pula.

“Itulah padah bila berniaga bertahun-tahun ‘cekik darah’ orang, letak harga potong leher,” komen Syed.

Susulan itu, ramai juga pengguna yang menggesa agar pihak kerajaan negeri atau kementerian berbuat sesuatu untuk mengawal semula harga agar Langkawi menjadi pusat pelancongan mampu milik.

“Murahkanlah barang-barang, makanan, hotel di Langkawi. Semua benda nak mahal. Cuba murahkan sikit, mesti lebih ramai orang datang,” komen Muhammad Hakim.



“Menteri di Langkawi kena buat sesuatu. Promosikan semula pada rakyat,” komen Daud Damek.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan industri kedai makan dan kereta sewa di Langkawi mengalami kerugian banyak didorong oleh tindakan orang ramai yang lebih memilih Hatyai di Thailand sebagai destinasi percutian.

Malah, faktor harga makanan dan penginapan yang lebih murah di selatan Thailand turut menarik minat pelancong antarabangsa untuk memilih lokasi itu berbanding Langkawi. K Online

Harga makanan, hotel Langkawi ‘cekik’ darah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi



Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah

5 selebriti Hollywood persetankan Zionis



Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker