Pelaburan Johor mula menjunam selepas 2018 – TMJ

Pelaburan Johor mula menjunam selepas 2018 – TMJ

Tunku Mahkota Johor berharap ekonomi negeri itu akan bertambah baik dan secara langsung menyediakan lebih peluang pekerjaan untuk rakyat.

Ini amat penting bagi memastikan rakyat boleh menjana lebih pendapatan dan mempunyai keupayaan perbelanjaan yang lebih tinggi.



Menurut beliau, Johor merupakan negeri yang mempunyai jumlah pelaburan tertinggi antara tahun 2016, 2017 dan 2018.

Tetapi selepas 2018, jumlah pelaburan di Johor mula menjunam, kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Graf pelaburan sektor pembuatan di Negeri Johor yang dikongsikan beliau dalam hantaran di Facebook itu menyaksikan penurunan pada tahun 2019 dan paling ketara pada tahun 2020.

Pada tahun 2016, 2017 dan 2018, negeri Johor berada pada kedudukan pertama dalam pelaburan yang berjumlah RM26.41 bilion, RM21.93 bilion dan RM30.51 bilion.



Kedudukan itu jatuh kepada tempat keempat pada tahun 2019 dengan jumlah pelaburan RM11.46 bilion dan RM6.78 bilion pada tahun 2020.

”Kita memerlukan dasar-dasar ekonomi yang menggalakkan perkembangan ekonomi dan pembangunan ketara.

”Kita perlu bersama-sama berganding bahu dan memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi. Ini harus menjadi keutamaan kita,” katanya. MG

Pelaburan Johor mula menjunam selepas 2018 – TMJ




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha



Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker