Pekebun hilang selepas jumpa ‘Haji’

Pekebun hilang selepas jumpa ‘Haji’

PONTIAN – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan Mohd. Faizhal Mohd, Yusof, 37, yang keluar dari rumahnya pada 10 Februari namun tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, lelaki tersebut yang telah berumah tangga dan mempunyai seorang anak keluar dari rumahnya di Taman Indah, Jalan Parit Masjid, di sini.



Menurut beliau, pihaknya menerima laporan kehilangan lelaki berkenaan daripada keluarganya pada 11 Februari setelah Mohd. Faizhal tidak pulang ke rumah.

“Lelaki ini dikatakan mempunyai projek kecil-kecilan (kebun) di Pekan Nanas dan keluar untuk menemui seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Haji’ pada 10 Februari.

“Isteri mangsa pun tidak mengenali ‘Haji‘ tersebut yang ditemui oleh suaminya itu” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi individu tersebut boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat INSP Ahmad Shah Bin Abdul Rasheed di talian 019-7578020 atau hotline IPD Pontian di talian 07-6869999 atau mana-mana balai polis berhampiran. K Online



Pekebun hilang selepas jumpa ‘Haji’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]



Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker