Yang gelar Najib “penyamun”, berapa Ringgit pula yang mereka sedekahkan?

Oleh Norzahira

PERMAINAN persepsi menjadi “senjata” musuh politik Datuk Seri Najib untuk merosakkan reputasi beliau. Perkara ini telah digerakkan sejak Najib mula menjadi Perdana Menteri lagi. Kerakusan untuk berkuasa “membutakan” mata mereka. Halal haram sudah tidak dipedulikan.

Najib yang dilahirkan dari keluarga bangsawan hanya mahu memberikan yang terbaik buat rakyat Malaysia dan negara tercinta. Harta kekayaan bukan matlamat beliau.

Kejamnya permainan politik peringkat tertinggi menyebabkan seorang pemimpin hebat seperti Najib dipenjarakan tanpa mendapat perbicaraan yang adil.

Isu yang “straight forward” dan jelas seperti derma tidak terlepas dimanipulasikan oleh musuh politik sehingga ianya dijadikan satu kesalahan besar pula.

Memetik hantaran di Facebook Najib,

Ada juga yang masih kata derma sebanyak RM642 juta dari Arab Saudi kepada Najib termasuk pemindahan dana terus dari akaun bank Kementerian Kewangan Arab Saudi merupakan cerita dongeng biarpun:

– SPRM telah sahkan dalam perbicaraan mahkamah ianya wujud
– Ambank telah sahkan dalam perbicaraan mahkamah ianya wujud
– bukti dokumen transaksi-transaksi pemindahan dana SWIFT sahkan ianya wujud.

Malah, penghakiman bertulis hakim Nazlan turut mengaku bahawa terdapat pemindahan-pemindahan dana tersebut tetapi dia kata ianya tidak boleh disahkan sebagai derma dari Raja Saudi Arabia sebab Raja Abdullah tak tulis namanya sebagai pembayar dan ianya tidak ditulis secara nyata dalam dokumen SWIFT bahawa ianya merupakan derma dari Raja Abdullah.

Namun pendakwaan serta hakim tidak pernah jelaskan kenapa pula Kementerian Kewangan Arab Saudi sanggup membayar Najib begitu banyak sekiranya derma tidak wujud.

Biarpun Najib bebas untuk menggunakan RM642 juta yang diterima dari Arab Saudi untuk apa sahaja tetapi Najib tak gunakannya untuk peribadi tetapi turut disedekahkan semua termasuk untuk membekalkan kain jubah bagi semua program-program amal yang dianjurkan oleh beliau dan PMO (untuk imam, tahfiz dan termasuk semua masjid-masjid di seluruh Malaysia sebanyak lebih 7 ribu masjid, dan juga bekalan kain untuk mangsa-mangsa banjir antara tahun 2011 dan 2014) – seperti disahkan Jakel.

Jadi, jika “penyamun” sanggup sedekahkan RM642 juta yang dia boleh gunakan untuk apa jua kegunaan termasuk untuk peribadi, kenapa pula dia nak “curi” RM42 juta yang dimasukkan dalam akaun tanpa pengetahuannya yang dia turut sedekahkan semua?

Sebab itu, Najib tak pernah dituduh curi atau rompak wang tetapi dia dipenjarakan sebanyak 12 tahun sebab duit RM42 juta itu bukan hak Najib untuk sedekah, kata hakim.

Yang gelar Najib “penyamun”, berapa Ringgit pula yang mereka sedekahkan?

Nota: jangan petik dana yang dikenali sebagai RM2.6b pula sebab ianya turut disahkan dalam mahkamah bahawa dana tersebut telah dipulangkan kepada penghantar empat bulan selepas diterima – malah, Najib didakwa 9 kali menerima dana ini dan 6 kali lagi sebab memulangkannya.
—-
“Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kemasukan dana berjumlah RM642 juta daripada Putera Faisal Turki dan Kementerian Kewangan Riyadh, ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak.”

Apa yang pasti, Najib tidak pernah menggunakan RM642 juta dari Arab Saudi dan RM42 juta yang dimasukkan dalam akaun tanpa pengetahuannya untuk kegunaan peribadi walaupun satu sen. Kesemua wang tersebut disedekahkan untuk membekalkan kain jubah bagi semua program-program amal yang dianjurkan oleh beliau dan PMO (untuk imam, tahfiz dan termasuk semua masjid-masjid di seluruh Malaysia sebanyak lebih 7 ribu masjid, dan juga bekalan kain untuk mangsa-mangsa banjir antara tahun 2011 dan 2014).

Malah mereka yang mengelar Najib “penyamun” pula yang sebenarnya merompak harta rakyat dan kekayaan negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker