Hadi terus persoal pelantikan Anwar, dakwa PH ‘cakap tak serupa bikin’

Hadi terus persoal pelantikan Anwar, dakwa PH ‘cakap tak serupa bikin’

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi terus mempersoalkan pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa ‘tidak cukup syarat’ untuk menerajui kepimpinan negara.

Beliau turut hairan bagaimana individu yang pernah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kini memegang jawatan terpenting dalam urus tadbir negara.



“Kita tak tahu yang jadi ketua kerajaan minoriti ini cukup syarat ke tidak, Wallahualam. Dia telah dihukum oleh mahkamah kerana kesalahannya dan meminta pengampunan. Kalau tak bersalah kenapa minta pengampunan?

“Ini boleh jadi ketua negara?” katanya dalam ceramah umum Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman yang disiarkan di Facebook Abdul Hadi malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, perkara itu mesti ditentang kerana disifatkan satu penipuan terhadap rakyat.



Malah, katanya, rakyat sepatutnya cakna mengenai pelantikan Perdana Menteri dari parti Pakatan Harapan itu yang disifatkan satu kemungkaran besar.

“Dalam ucapan, beliau (Anwar) kata nak menentang rasuah, salah guna kuasa, nak tentang itu ini termasuk perompak harta negara.

“Ini satu penipuan terhadap rakyat, rakyat mesti balas penipuan ini, jangan biarkan. Ini satu kemungkaran yang besar, kita mesti lawan,” katanya.

Beliau turut menggesa penduduk di Tioman dan Padang Serai supaya ‘mengajar’ parti dan pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai penipuan itu dalam undian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



“Saya harap penduduk Tioman dapat mengajar rakyat Malaysia seluruhnya dengan terus memilih calon Perikatan Nasional, termasuk yang di Padang Serai.

“Tolak parti yang kata semua boleh, langgar lampu merah pun boleh, (jika begini) jahanamlah kita,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau turut menegaskan PAS menolak pelawaan menyertai Kerajaan Perpaduan disebabkan gabungan berkenaan tidak didominasi pemimpin Islam.

Memperkukuhkan lagi keputusan dibuat PAS bersama gabungannya menerusi Perikatan Nasional (PN), Timbalan Pengerusi PN itu juga menggelar kerajaan sekarang sebagai kerajaan minoriti yang didakwa ‘cakap tidak serupa bikin’.



“Islam melihat dominasi umat Islam yang memimpin. Orang Melayu Islam (sebanyak) 80 peratus atau lebih memilih PN, bersama kaum lain.

“Bukan Melayu saja termasuk ada India, Cina dan bukan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

“(Sokongan ini) mencukupkan jumlah majoriti untuk memilih (PN) sebagai kerajaan yang sah mengikut Islam,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu berkata, hakikatnya Kerajaan Perpaduan yang menerajui Malaysia kini dikuasai parti DAP yang meraih jumlah kerusi terbesar dalam Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini.



“Yang dominasi sekarang adalah DAP, (parti) bukan Islam. Dalam PKR, sebahagiannya sahaja Islam daripada 30 kerusi dimenangi mereka, sebahagian lagi bukan Islam. DAP pula meraih 40 kerusi.

“Dengan jumlah minoriti ini tertubuhnya kerajaan minoriti, malah perkara ini turut menimbulkan kekecohan, protes dalam UMNO, ini menandakan ia perkara tak sihat (sedang berlaku),” katanya yang tidak menafikan menyayangi persahabatan dengan UMNO dan sedar tidak semua pemimpin dalam parti itu menyokong kerajaan ‘minoriti’ yang dibentuk itu.

Bahkan, Abdul Hadi turut memberitahu PN tidak menerima kerajaan dipimpin PH itu disebabkan ia disokong oleh ‘individu dan kumpulan’ yang berpegang kepada perkara yang tidak selari dengan prinsip perjuangan gabungan mereka.

“Kerajaan minoriti ini disokong oleh pemberi rasuah dan penerima rasuah. (Dulu) bukan main kata menentang rasuah, tetapi bila nak tubuh kerajaan sanggup bergabung untuk cukupkan jumlah (sokongan).



“Macam mana kami nak terima, kita ada maruah. Perintah Allah SWT mengatasi perintah yang ada di dunia ini,” katanya. BH

Hadi terus persoal pelantikan Anwar, dakwa PH ‘cakap tak serupa bikin’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker