Saman RM100 juta: Ketua Penerangan WARISAN heret Zulkarnain ke mahkamah

KOTA KINABALU: Pengerusi Gerakan Kuasa Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar bakal berdepan tindakan saman RM100 juta kerana mendakwa Parti Warisan (WARISAN) Sepanggar menerima dana daripada kartel dadah.

Ketua Penerangan WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman berkata beliau akan berbuat demikian jika Zulkarnain tidak menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan itu dan memohon maaf dalam tempoh tujuh hari selepas pihaknya mengeluarkan surat tuntutan terhadap beliau.

Katanya, tuduhan dibuat Zulkarnain menerusi satu sidang media selepas membuat laporan polis meminta Bukit Aman menyiasat hubungan kartel dadah Sabah dengan pemimpin WARISAN pada Khamis lalu adalah serius dan satu cubaan menjatuhkan reputasi parti itu dan kepemimpinannya.

“Saya dan peguam saya akan mengeluarkan Letter of Demand (surat tuntutan) kepada beliau bagi menuntut agar beliau menarik balik kenyataannya ketika sidang media (itu) dan memohon maaf.

“Kami melihat tuduhan yang dibuat oleh Datuk Zulkarnain Mahdar itu serius dan tindakan ini diambil untuk menjaga reputasi WARISAN Sepanggar.

“Letter of Demand akan dikeluarkan sebagai langkah pertama dalam proses undang-undang dan meminta beliau membuktikan tuduhannya dalam tempoh tujuh hari.

“Jika beliau gagal membuktikan dan memohon maaf secara terbuka, proses saman akan diteruskan dan saya akan saman beliau sebanyak RM100 juta kerana fitnah dan tuduhan itu pastinya melibatkan nama, reputasi dan imej saya selaku pimpinan WARISAN Sepanggar dan parti WARISAN keseluruhannya,” katanya, di sini, hari ini.

Mohd Azis yang juga Ketua Bahagian WARISAN Sepanggar, berkata sebagai pemimpin WARISAN Sepanggar, beliau komited membuktikan tuduhan Zulkarnain tidak benar melalui proses undang-undang yang sewajarnya.

“Menyebarkan maklumat yang tidak sahih merupakan satu kesalahan, apa lagi membuat laporan polis dan mengadakan sidang media berdasarkan kenyataan yang diambil daripada maklumat yang dia (Zulkarnain) tidak periksa kesahihan dan kebenaran.

“Ia satu tindakan bodoh yang sebenarnya hanyalah ‘politically motivated’, ingin menjatuhkan reputasi WARISAN dan cuba mengalihkan isu kemarahan rakyat terhadap kegagalan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mentadbir Sabah.

“Kita nantikan kejantanan beliau dalam membuktikan tuduhannya,” katanya.

Khamis lalu, Zulkarnain dilaporkan mendakwa menerima maklumat daripada pemberi maklumat tidak dikenali bahawa WARISAN Sepanggar menerima dana politik daripada kartel dadah dari Sabah yang ditahan polis Bukit Aman, baru-baru ini.

Berikutan itu, Zulkarnain berkata beliau tampil membuat laporan polis untuk meminta agar siasatan dijalankan bagi memastikan sama ada maklumat yang diterimanya itu benar atau sebaliknya.

WARISAN Sepanggar kemudian membuat laporan polis terhadap Zulkarnain, petang semalam, berhubung dakwaannya itu yang disifatkan berunsur fitnah dan berniat jahat untuk memburukkan imej WARISAN.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker