Elon Musk derma hampir RM25 bilion saham Tesla

Elon Musk derma hampir RM25 bilion saham Tesla

NEW YORK: Elon Musk dilaporkan mendermakan hampir AS$6 bilion (RM25 bilion) saham Tesla Inc kepada badan kebajikan November lalu.

Manusia paling kaya di dunia itu mendermakan lebih daripada lima juta saham dalam pengeluar kereta elektrik terbabit dari 19 hingga 29 November lalu, demikian menurut makluman kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Pasaran Saham (SEC) Amerika Syarikat (AS).

Derma itu bernilai kira-kira AS$5.7 bilion (RM23.8 bilion), berdasarkan purata harga hari beliau menjual saham berkenaan, menjadikannya salah satu derma kebajikan terbesar dalam sejarah.

Sebuah amanah yang tidak dinamakan terbabit dalam transaksi itu dan nama badan kebajikan berkenaan tidak dinyatakan dalam dokumen berkenaan.

Derma itu dibuat ketika Musk, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, berbalah dengan beberapa ahli politik termasuk Bernie Sanders dan Elizabeth Warren berhubung jurang ketidaksamaan dan potensi levi kekayaan.

Dalam masa sama, beliau memberi bayangan akan menjual sahamnya jika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam membuktikan ia akan digunakan untuk menangani isu kebuluruan global selepas unit bantuan makanan pertubuhan itu mencadangkan bilionair seperti Musk patut ‘bertindak sekarang, buat sekali saja’.

Derma yang besar kepada badan kebajikan tahun lalu akan membantu mengurangkan jumlah yang didakwa Musk cukai tertinggi dalam sejarah AS.

Bloomberg pada Disember lalu membuat kiraan bahawa Musk perlu membayar lebih daripada AS$10 bilion (RM41 bilion) kepada Khidmat Hasil Dalam Negeri, hasil daripada penjualan opsyen yang besar pada 2021. BH

Elon Musk derma hampir RM25 bilion saham Tesla


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker