Guna Istilah ‘keling’, “Saya minta maaf, bukan niat saya” – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memohon maaf atas sebarang salah faham yang timbul daripada penggunaan istilah “keling” ketika program Temu Anwar Dialog Mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.

Anwar berkata penggunaan frasa itu dipetik daripada buku bertajuk Hikayat Hang Tuah, dan bukan bertujuan untuk menghina mana-mana pihak.

“Kalau ada yang salah faham, saya minta maaf, bukan niat saya.



“Saya orang terakhir yang melontarkan ekspresi menghina kaum dan agama,” kata pada Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang-Pengarang Kanan Media Elektronik, Media Cetak dan Dalam Talian di Putrajaya hari ini.

Semasa sesi dialog di UPSI pada Khamis lalu, perdana menteri menceritakan mengenai Hang Tuah ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, termasuk fasih dalam pelbagai bahasa.

Pahlawan Melayu itu, kata Anwar, boleh bercakap dengan baik bukan sahaja dalam bahasa Melayu tetapi juga dalam “Bahasa Jawa, Bahasa Siam, dan juga ‘Bahasa keling’ atau Tamil.

Rakaman video ucapan perdana menteri itu dikongsi di media sosial, dengan sebahagian netizen mengkritik Anwar kerana menggunakan istilah yang dianggap menghina oleh kaum India di Malaysia.



“Saya kata orang kalau baca, Hang Tuah itu dia kuasai bahasa Melayu, bahasa Arab, Siam, bahasa keling. Itu guna istilah daripada bahasa kalinga dalam buku itu.

“Sekarang ini istilah keling itu tak disenangi banyak pihak, jadi saya tak gunakan. Saya cuma quote (petik) konteks dalam buku itu,” jelasnya.

Anwar bukanlah perdana menteri Malaysia pertama menerima kecaman kerana menggunakan istilah ‘keling’ di khalayak ramai.

Sebelum ini, Dr Mahathir Mohamad juga pernah diselar selepas menggunakan perkataan itu ketika mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya pada 2018.



Semasa mengkritik suruhanjaya itu, Mahathir berkata: “Saya nak guna perkataan ‘keling’. Orang ‘keling’ kata podah.

Mahathir juga pernah membuat kenyataan serupa pada 2016.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?



Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker