Polis kejar pemandu mabuk 56km



Polis kejar pemandu mabuk 56km

Polis mengejar seorang pemandu kereta dipercayai mabuk sejauh lebih 56 kilometer bermula dari Pedas, Negeri Sembilan sebelum diberkas berhampiran Tangkak, Johor pagi semalam.

Pemandu berusia 24 tahun yang memandu kereta Toyota Altis itu bertindak agresif dengan memandu dalam keadaan berbahaya di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, kira-kira 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Hazri Mohamad berkata, kejadian berlaku ketika anggota polis peronda lebuh raya (EMPV) Sektor 2 Pedas-Ayer Keroh membuat kawalan lalu lintas kemalangan.

Katanya, polis mengesan sebuah kereta Toyota Altis berwarna putih dipandu dalam keadaan bahaya dan mencurigakan.




“Berikutan itu, pasukan EMPV mengejar kenderaan itu bermula dari dari KM223 hingga KM169, Lebuhraya PLUS arah selatan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang kereta itu ditahan di kilometer 169 berhampiran susur keluar Tangkak dengan bantuan pasukan EMPV Tangkak.

“Pemandu kereta itu dan penumpangnya seorang remaja lelaki berusia 17 tahun berjaya diberkas. Hasil ujian pernafasan terhadap pemandu kereta itu mendapati dia mengambil alkohol berlebihan,” katanya.

Dalam kejadian itu, kereta terbabit sempat dilihat memotong beberapa kenderaan lain dan melanggar sebuah kereta sebelum dikejar polis. FMT

Polis kejar pemandu mabuk 56km





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.