Hubungan sulit dimuat naik di media sosial, suami belasah isteri sampai mati

Hubungan sulit dimuat naik di media sosial, suami belasah isteri sampai mati

Seorang mekanik berusia 38 tahun ditahan selepas dipercayai membunuh isterinya akibat berang hubungan sulitnya dimuat naik di media sosial, dalam kejadian di Cheras.

Mangsa sebelum itu dibelasah suaminya sebelum suspek membawa wanita berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri ke Hospital Kajang.



Ketua Polis Kajang, Mohd Zaid Hassan, berkata mangsa berusia 28 tahun yang menerima rawatan di hospital itu disahkan meninggal dunia sehari sebelum Aidilfitri, dipercayai akibat parah di bahagian perut.

“Hasil bedah siasat mendapati, mangsa maut disebabkan hentakan kuat menggunakan senjata tumpul.

“Motif pembunuhan berpunca daripada kemarahan suspek terhadap mangsa disebabkan mangsa memuat naik di media sosial bahawa suspek mempunyai hubungan sulit,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.



Zaid berkata, suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada 9 Mei. FMT

Hubungan sulit dimuat naik di media sosial, suami belasah isteri sampai mati


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang



Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker