Suspek kes pembunuh Bill Kayong diberkas

Sebaran :

Suspek kes pembunuh Bill Kayong diberkas

Seorang suspek dalam kes pembunuhan pemimpin PKR Miri Bill Kayong yang melarikan diri ke China lebih lima tahun lalu kini berada dalam tahanan polis negara ini.

Suspek berusia 26 tahun berkenaan diserahkan kepada polis Miri hari ini untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Miri Hakemal Hawari mengesahkan penahanan suspek itu, lapor portal Dayak Daily.



Beliau diterbangkan dari Kuala Lumpur pagi tadi dan diserahkan kepada polis Miri. Adalah difahamkan suspek itu dikesan di China setelah paspotnya luput, menurut portal itu.

Beliau kemudian dihantar balik ke Kuala Lumpur oleh pihak berkuasa negara itu.

Polis Miri sebelum ini menamakan suspek itu sebagai individu yang dikehendaki untuk membantu siasatan dalam pembunuhan Bill yang ditembak mati dalam keretanya pada 21 Jun 2016 di Kuala Baram.

Pembunuhan itu dilaporkan mempunyai kaitan dengan kerja-kerja Bill sebagai aktivis isu-isu sosial termasuk hak tanah penduduk tempatan.



Empat individu ditahan berhubung pembunuhan Bill, termasuk seorang bergelar ‘Datuk.’ Tiga daripada mereka dibebaskan. Seorang lagi, Mohamad Fitri Pauzi, dikenakan hukuman mati atas kesalahan membunuh Setiausaha PKR Miri itu, pada tahun 2018.

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, PKR Sarawak berharap penahanan suspek terbaharu itu akan membawa kepada pendakwaan pihak di sebalik pembunuhan Bill demi memberi keadilan kepada keluarga beliau.

Ketua Komunikasi PKR Sarawak, Abun Sui Anyit berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjelaskan siasatan polis. FMT

Suspek kes pembunuh Bill Kayong diberkas




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis lepas 2 tembakan ke arah kereta dipandu pemandu ‘lalok’


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.