Presiden PAS bengang Anwar heret Raja Melayu dalam kancah politik

Presiden PAS bengang Anwar heret Raja Melayu dalam kancah politik. Pihak pembangkang didakwa bermain politik dengan mengheret semua pihak termasuk Raja-Raja Melayu ke kancah politik.

Tindakan itu didakwa dibuat selepas pembangkang gagal meniru langkah Perikatan Nasional mengambil akuan sumpah (SD) Ahli Parlimen dan cuba mengemukakan undi tidak percaya di samping berusaha menubuhkan jajaran baharu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Raja-Raja Melayu sepatutnya tidak diheret ‘berpolitiking’ kerana baginda masih banyak tugas-tugas yang lebih penting daripada melayan kehendak mereka yang berpenyakit ‘politiking’ itu.

Bahkan bidasnya, ada pula mereka yang masih tidak sedar dirinya sudah jadi pembangkang dan bukan lagi kerajaan, dengan berlagak membuat kenyataan seolah-olah masih berada di atas takhta.

Mengulas keadaan politik di negara ini, Abdul Hadi berkata, di Malaysia wabak ‘politiking’ yang dialami agak berbeza, tetapi virusnya merebak dengan sangat meluas.

Katanya, ia bermula apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memenangi pilihan raya dengan janji dan manifesto yang sebahagian besarnya adalah bohong dan menipu.

“Mereka juga mendapat dukungan media sosial upahan tanpa sempadan yang menyebarkan pelbagai penipuan, berita palsu dan sebagainya. Sehingga mereka berjaya mencapai kemenangan dan menubuhkan sebuah kerajaan yang membawa pendekatan liberal yang tidak sesuai dengan masyarakat negara ini.

“Kemuncaknya, mereka berani mencabar kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja juga dicabar.

“Komunis yang ganas dan lebih ganas daripada penjajah pula disanjung oleh mereka. Begitu juga kalangan puak LGBT dan seumpamanya mula bebas menuntut hak dan ada pula kelompok dalam kerajaan PH yang mendukungnya,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Bagaimanapun dakwanya, kerajaan PH tumbang secara demokrasi apabila adanya keinsafan dalam kalangan sebahagian Ahli Parlimen yang kembali ke pangkal jalan bagi menyelamatkan negara.

Biarpun begitu, Abdul Hadi berkata, pandemik ‘politiking’ gila untuk berkuasa semula masih menjalar penularan wabaknya, sehingga tidak mempedulikan wabak COVID-19 yang mengancam nyawa rakyat.

“Kedua-dua pandemik tersebut menyusahkan rakyat.

“Sepatutnya pandemik COVID-19 ditangani dengan penuh penumpuan oleh semua pihak bagi menjaga nyawa seluruh rakyat yang tidak boleh ditangguhkan lagi. Bahkan wajib bertolong-menolong kerana wabak ini tidak mengenal siapa, tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan fahaman politik.

“Adapun peranan politik boleh ditunggu sehinggalah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan, rakyat pula jangan mudah lupa sehingga ditipu berulang kali,” katanya.

Presiden PAS bengang Anwar heret Raja Melayu dalam kancah politik

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Umum Tarikh Parlimen Tidak Ubah Hak UMNO Untuk Kekal Atau Keluar PN – Shahril

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker