Keputusan batal saman ahli perniagaan, Mahkamah Rayuan kekal menyebelahi Najib Razak

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan mahkamah terdahulu yang membatalkan saman seorang ahli perniagaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua entiti lain.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hanipah Farikullah memutuskan demikian selepas mendapati tiada merit dalam rayuan J.R Deepak Jaikishan.

Pada 17 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Najib, Rosmah, Boustead Holdings Berhad dan anak syarikatnya, Bakti Wira Development Sdn. Bhd. yang dinamakan sebagai defendan dan menuntut ganti rugi RM676 juta berhubung dakwaan penipuan beberapa transaksi berpunca daripada konspirasi jual beli tanah.



Ketika membaca penghakimannya, Hakim Hanipah yang bersidang bersama-sama Datuk Azizah Nawawi dan Datuk See Mee Chun menyatakan, hakim mahkamah terdahulu dengan membuat keputusan dengan setelah membuat pertimbangan terperinci setiap pliding dan isu dalam tuntutan Deepak.

“Kami dapati, dapatan hakim terdahulu mengenai isu locus (hak di sisi undang-undang) perayu (Deepak) dan kekurangan elemen utama dan perincian dalam pliding adalah betul. Tiada sebarang pindaan yang boleh dibuat oleh perayu yang boleh mengubah keputusan terdahulu,”kata beliau pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian.

Mahkamah kemudian memerintahkan agar Deepak membayar kos sebanyak sebanyak RM7,000 kepada semua defendan.

Terdahulu, peguam Magita Hari Mogan yang mewakili Deepak menghujahkan anak guamnya wajar diberikan peluang untuk meminta pernyataan tuntutannya.



ROSMAH MANSOR

Pada prosiding hari ini, Najib dan Rosmah diwakili peguam Datuk David Matthews manakala Boustead dan Bakti Wira diwakili peguam, Robert Lazar.

Pada 12 Oktober 2018, Deepak memfailkan saman tersebut atas dakwaan dia telah mengalami kerugian akibat konspirasi, penipuan dan pengaruh yang tidak wajar oleh kesemua defendan dalam urusan pembelian tanah yang didakwa menyebabkan syarikatnya mengalami kerugian besar.

Deepak mendakwa, beliau sebagai pengarah dan pemilik saham terbesar Astacanggih Sdn. Bhd. menandatangani satu perjanjian dengan pengarah dan pemilik saham terbesar syarikat Awan Megah (M) Sdn. Bhd., Raja Ropiaah Raja Abdullah berhubung tiga bidang tanah seluas 181.9 hektar di Mukim Kapar, Klang dan Mukim Bukit Raja, dalam Daerah Petaling.

Dia mendakwa bayaran deposit RM13 juta telah dibayar oleh Astacanggih kepada Awan Megah dan bon tanah daripada Kuwait Finance House (M) Berhad berjumlah RM72.5 juta oleh syarikatnya itu dikemukakan kepada Kerajaan Malaysia.



Bagaimanapun, dia mendakwa Awan Megah enggan mengemukakan geran asal bagi tanah terbabit untuk dipindah milik kepada Astacanggih.

Deepak mendakwa akibat konspirasi dan campur tangan Najib dan Rosmah, beliau terpaksa menjual 80 peratus (16 juta unit) daripada saham dimilikinya dalam Astacanggih kepada Boustead melalui anak syarikatnya, Bakti Wira.

Oleh itu, Deepak menuntut ganti rugi am RM600 juta, ganti rugi teladan RM50 juta dan ganti rugi berpanjangan RM26 juta.

Keputusan batal saman ahli perniagaan, Mahkamah Rayuan kekal menyebelahi Najib Razak




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adun Dap Melaka marah surat dihantar tanpa pengetahuannya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker