Pegawai kerajaan pentingkan diri, buang 2 juta liter air kerana mahu ambil telefon yang terjatuh

Gambar fail menunjukkan Takungan Paralkot, Kanker. – Pentadbir Daerah Kanker

Seorang pegawai kerajaan di negeri Chhattisgarh digantung kerja selepas dikatakan meminta supaya air sebuah takungan dialir keluar bagi mendapatkan semula telefon bimbitnya yang terjatuh ketika dia merakam swafoto, lapor portal berita Wion News.

Rajesh Vishwas ditempatkan di pekan Pakhanjur, manakala media melaporkan bahawa kira-kira dua juta liter air dipam keluar dari takungan itu untuk mendapatkan telefon bimbit berharga sekitar 99,077 rupee (RM5,521).

“Pegawai itu tidak mempunyai kuasa untuk mengalirkan keluar air takungan. Oleh itu, dia telah digantung kerja,” kata seorang pegawai lain, Priyanka Shukla.

Shukla memberitahu akhbar The National bahawa Rajesh digantung kerja sehingga siasatan kesnya selesai. Air adalah sumber penting dan ia tidak boleh dibazirkan begitu sahaja.

Laporan media menyatakan, Rajesh pergi ke Takungan Air Paralkot untuk berkelah bersama rakan-rakan pada 21 Mei lalu tetapi  telefon bimbitnya terjatuh ke dalam takungan sedalam 3.04 meter itu.

Laporan mendakwa bahawa pegawai itu berkata, telefon itu terlepas daripada tangannya semasa dia merakam  swafoto. Rajesh terpaksa mendapatkannya semula kerana peranti itu menyimpan  data rasmi jabatannya. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker