Bakal isteri hadir sebagai Ultraman, pengantin lelaki terkejut

Pengantin perempuan memakai kostum Ultraman semasa majlis perkahwinannya di Zhengshou, Henan pada 20 Mei lalu.

Seorang pengantin perempuan yang juga bakal isteri mengejutkan bakal suaminya apabila memakai kostum adiwira kegemarannya, Ultraman pada hari perkahwinan mereka, lapor portal berita Thaiger.

Pasangan itu berkahwin di Zengzhou dalam wilayah Henan pada 20 Mei lalu.

Mengikut adat resam Cina, pengantin perempuan menunggu pengantin lelaki di dalam bilik tetapi daripada memakai gaun pengantin berwarna putih atau merah, dia memilih untuk menyarung kostum Ultraman.

Semasa pengantin lelaki masuk ke dalam bilik tersebut, dia terkejut dan berkata: “Saya tidak percaya! Saya keliru dan kagum apabila saya membuka pintu dan melihat pengantin wanita ialah Ultraman.”

Pengantin lelaki mendedahkan bahawa mereka berkenalan selama sembilan tahun dan isterinya tidak pernah menunjukkan minat kepada Ultraman.

“Sebaliknya, saya ialah peminat tegar adiwira tersebut,” kata pengantin lelaki. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker