Pembunuhan 23 penghuni Tahfiz Ittifaqiyah: Mustahil ‘kerja’ ini dibuat seorang

Pihak pendakwaan hari ini berhujah, mustahil kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah enam tahun lalu hanya berpunca daripada seorang.

Timbalan Pendakwa Raya, How May Ling berkata, ini berikutan berdasarkan bukti, dua tong gas masing-masing seberat 14 kilogram (kg) diangkat oleh dua individu dari tingkat bawah ke tingkat tiga pusat tahfiz itu.

Katanya, semuanya berlaku dalam 18 minit dan mustahil kedua-dua tong gas diangkat oleh seorang.

“Satu tong gas baru guna dan satu lagi tidak buka lagi, kedua-duanya berat. Bukti kita bukan hanya dua tong gas ini saja tetapi ada garis masa kejadian melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV). Selepas simbah petrol, (dua remaja itu) turun tangga sebelum kembali ke motosikal sebelah bangunan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berdekatan pusat tahfiz dan di situ CCTV merakamnya,” kata May Ling.

Pihak pendakwaan selaku perayu, merayu terhadap seorang lelaki berusia 22 tahun dibebaskan atas tuduhan membunuh 23 penghuni pusat tahfiz itu, manakala seorang lagi dipenjara selama tempoh mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong dikenakan terhadapnya atas pertuduhan sama.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua penama yang berusia 16 tahun (ketika kejadian) itu didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz berkenaan di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur antara pukul 4.15 pagi hingga pukul 6.45 pagi, pada 14 September 2017.

Berikutan itu pertuduhan terhadap mereka dikemukakan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati.

Bagaimanapun pada 28 Januari 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan salah seorang daripada mereka yang juga tertuduh kedua dalam kes itu tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan itu.

Remaja yang dituduh membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya.-Foto FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Kemudian pada 17 Ogos 2020, tertuduh pertama kes itu didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan tersebut.

Sementara itu, peguam bela lelaki yang dibebaskan itu, Haijan Omar, berkata hujahan mengenai tong gas diangkat dua individu tiada merit kerana tiada pengecaman positif.

“Kedua, kalau lihat kepada dapatan di akhir kes pendakwaan untuk membuktikan kes prima facie selain pengecaman positif, Mahkamah Tinggi mengguna pakai keterangan lain iaitu tiadanya perbualan dalam kes ini.

“Tiada keterangan menunjukkan bahawa responden terbabit dalam perbualan. Tiada kata responden mengambil bahagian sama ada bercakap atau membalas, tiada kata responden yang membeli petrol,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan di sini telah menetapkan 14 Julai ini bagi keputusan rayuan seorang pemuda atas pertuduhan membunuh 23 penghuni pusat tahfiz dalam kejadian menyayat hati enam tahun lalu.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abu Bakar Jais, yang bersidang bersama Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun, menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Pada tarikh sama, mahkamah turut akan memutuskan rayuan pihak pendakwaan terhadap seorang lagi lelaki yang juga penama kedua berusia 22 tahun yang sebelum ini dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan sama.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker