Perarakan Maulidur Rasul berakhir dengan 52 maut

Perarakan Maulidur Rasul berakhir dengan 52 maut

QUETTA: Sekurang-kurang 52 maut, manakala lebih 50 lagi cedera dalam letupan bom akibat serangan nekad pada upacara sambutan Maulidur Rasul di wilayah Balochistan, Pakistan, hari ini.

“Penyerang nekad meletupkan bom pada dirinya berhampiran kenderaan Timbalan Superintendan Polis,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Munir Ahmed, kepada Reuters.



Beliau berkata, kejadian berlaku berhampiran sebuah masjid ketika orang ramai menyertai perarakan sempena Maulidur Rasul yang turut diisytiharkan sebagai hari cuti umum.

Pegawai kesihatan daerah, Abdul Rasheed pula memaklumkan sekurang-kurang 58 orang dilaporkan cedera, dan angka korban berkemungkinan akan meningkat berikutan ramai yang parah.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas insiden itu yang berlaku menjelang pilihan raya kebangsaan dijadualkan berlangsung pada Januari tahun depan.

Kumpulan Tehrik-e Taliban Pakistan menafikan pihaknya melakukan serangan berkenaan.



Mangsa cedera dikejarkan ke hospital di bandar Mastung yang terletak berdekatan, untuk menerima rawatan.

Menteri Dalam Negeri, Sarfraz Bugti, menyifatkan serangan itu sebagai ‘tindakan sangat keji’.

Sementara itu, AFP pula melaporkan Timbalan Komisioner Daerah Mastung, Abdul Razzaq Sasoli, berkata ratusan orang dari masjid menyertai perarakan itu sebelum letupan berlaku ketika mereka tiba di Jalan Al Falah.

Menteri Penerangan Balochistan, Jan Achakzai, merayu orang ramai menderma darah untuk keperluan kecemasan menyelamatkan mangsa yang cedera.



Beliau turut mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari. BH

Perarakan Maulidur Rasul berakhir dengan 52 maut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?



Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker