Istilah-Istilah ilmu hadis yang harus anda tahu

Istilah-Istilah ilmu hadis yang harus anda tahu

Hadis merupakan segala sesuatu yang disandarkan hanya kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w. baik ia berupa perkataan, perbuatan, pernyataan, taqrir (keadaan Baginda s.a.w. yang mendiamkan diri, tidak mengadakan sanggahan atau bersetuju dengan apa yang telah dilakukan atau diperkatakan oleh para sahabat di hadapan beliau) dan sebagainya.

Selain al-Quran sebagai sumber hukum utama, kedudukan hadis adalah yang kedua dan kemudian disusuli dengan Ijma’ dan Qiyas dari para ulama.



Terdapat beberapa istilah umum dalam ilmu hadis yang diguna pakai dalam memahami konteks hadis antaranya ialah

Atsar iaitu sesuatu yang disandarkan kepada para sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

Sahabat iaitu orang yang bertemu Baginda s.a.w. dengan pertemuan yang wajar sewaktu beliau masih hidup, dalam keadaan Islam lagi beriman dan mati dalam keadaan Islam.

Tabi’in adalah orang yang menjumpai sahabat, sama ada perjumpaan itu lama atau sebentar, dan dalam keadaan beriman dan Islam dan mati dalam keadaan Islam



Matan ialah lafaz hadis yang diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. atau disebut isi atau ucapan hadis atau perbuatan Nabi yang diceritakan oleh sahabat atau berupa taqriri.

Rawi/ perawi ialah orang yang menyampaikan atau menulis hadis dalam sesuatu kitab apa-apa yang pernah didengar dan diterimanya dari seseorang atau gurunya. Perbuatannya menyampaikan hadis tersebut dinamakan merawi atau meriwayatkan hadis.

Sanad pula ialah sandaran atau jalan yang bersambung sampai kepada matan dan ia digambarkan sebagai berikut: Sabda Baginda s.a.w. didengar oleh sahabat (seorang atau lebih). Kemudian sahabat ini (seorang atau lebih) menyampaikan pula kepada tabi’in (seorang atau lebih). Kemudian tabi’in menyampaikan pula kepada orang-orang yang di bawah generasi mereka. Demikian seterusnya hingga dicatat oleh imam-imam ahli hadis seperti Bukhari, Muslim, Abu Daud dan lain-lain.

Contoh mudah sanad: Bukhari berkata, hadis ini diucapkan oleh A kepada saya, dan A berkata diucapkan hadis ini dari B kepada saya, B pula berkata hadis ini diucapkan oleh C kepada saya, dan C berkata diucapkan kepada sya hadis ini ole D. Manakala D pula berkata diucapkan kepada sya oleh Nabi Muhammad s.a.w.



Terdapat 2 sanad iaitu awal sanad dan akhir sanad. Contohnya yang disebut awal sanad ialah si A dan akhir sanad adalah si D.

Perawi tsiqah ialah perawi yang benar, sempurna ingatannya, dan boleh dipercayai bukannya perawi dusta
Sememangnya terdapat banyak lagi istilah-istilah yang agak janggal di pendengaran kita namun sering digunakan dalam memahami ilmu mustholah hadis. Istilah ini walaupun jarang didengar namun ia menggambarkan betapa ilmu hadis adalah ilmu yang begitu besar perbahasannya.

Sebagai orang Islam sedikit sebanyak kita perlu tahu akan istilah ini kerana ia akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan kefahaman kita tentang syariat Islam serta menguatkan kecintaan dan keimanan kita kepada Baginda s.a.w.



Apatah lagi kita tidak mahu akan ada yang mengambil kesempatan atas kelemahan kita memahami ilmu hadis dan juga menyebabkan kita membuta tuli beribadat tanpa mengetahui sama ada ia memang ada asas dan hujah dari Baginda s.a.w. atau sebenarnya palsu. Wallahu a’lam Utv

Istilah-Istilah ilmu hadis yang harus anda tahu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?



Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

Pentas akhir AGT: Putri Ariani hanya dapat tempat ke-4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker