Umno tak hantar calon YDP Dewan Negara

Umno membuat keputusan untuk tidak menghantar calon bagi jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara yang sah disandang Dr Rais Yatim hari ini.

Menurut sumber, memang ada yang ingin mencalonkan wakil Umno untuk diundi hari ini tetapi ia bukan pendirian pimpinan pusat.

“Umno sememangnya tidak mengemukakan nama bagi merebut jawatan speaker Dewan Negara.

“Tiada sebarang mesyuarat tergempar (yang membuatkan Umno menarik semula cadangan itu) dan Umno memang tidak mencalonkan sesiapa,” kata sumber dalaman parti itu kepada Malaysiakini.



Rais yang juga pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, dipilih sebagai Yang di-Pertua baru Dewan Negara setelah mengatasi seorang lagi calon iaitu Yusmadi Yusoff dari PH.

Rais – yang dicalonkan oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin – mendapat 45 undi manakala Yusmadi 19 undi.

Terdahulu, ada dua lagi nama yang disebut sebagai calon untuk kedudukan itu iaitu Mohamad Ali Mohamad (Umno) dan Theodore Douglas Lind (Warisan).

Bagaimanapun nama Mohamad tidak dicalonkan pagi ini manakala Lind pula dilaporkan menarik diri.



Terdahulu hari ini, Rais berkata Umno ada surat menulis surat permohonan untuk mencalonkan Mohamad Ali tetapi berasa “janggal” di saat akhir untuk meneruskannya. Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker